(UPDATE) Sinopsis Sha & Shah Drama Astro | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(UPDATE) Sinopsis Sha & Shah Drama Astro



SInopsis Drama Sha & Shah Astro. Drama ganti Tersuka Tanpa Sengaja? Drama terbaru adaptasi novel Sha & Shah akan bersiaran di Astro Ria pada Januari 2016 nanti menggantikan drama Tersuka Tanpa Sengaja. Drama Sha & Shah adalah adaptasi dari karya novel Sha Ibrahim yang merupakan karya beliau yang ketiga. Pelakon utama drama ini yang akan menemui penonton di Astro Ria adalah Kamal Adli, Syatilla Melvin, Shima Anuar, Azwan Kombos dan Nina Iskandar. 
Sinopsis novel Sha & Shah Drama Astro

Sinopsis Drama Sha & Shah Di Astro Ria

Drama ini mengisahkan tentang dua orang sahabat baik dari kecil sehinggalah mereka dewasa. Sha dan Shah yang berkawan dari zaman sekolah sehinggalah mereka berpisah sewaktu Shah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara (overseas).

Sekembalinya Shah ke Malaysia, suatu peristiwa yang tidak terduga telah berlaku di mana dia di minta untuk berkahwin dengan Sha kawan baiknya sendiri. Rancangan tersebut di suara kan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Dia juga telah di ugut oleh ibunya untuk mengkahwinkan dia dengan perempuan lain jika dia tak bersetuju dengan pemintaan keluarganya itu.

Akibat tidak mahu berkahwin dengan orang yang dia tidak kenali, dia mengambil keputusan untuk menerima tawaran tersebut. Pada mulanya Sha merasakan rancangan gila Shah ini tidak masuk akal. Nantikan drama menarik ini di Astro Ria. Adakah Sha akan akan menerima Shah sebagai suaminya?

Sinopsis Novel Sha & Shah

  • Jumlah M/S: 776
  • No. ISBN:- 978-967-0448-15-2
  • SEMENANJUNG: RM 26.00 AHLI KN: RM 22.00
  • SABAH/SARAWAK: RM 29.00 AHLI KN: RM 25.00
Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan
mereka mendapat tentangan.


Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu?  


Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN… 


Selamat menonton drama Sha & Shah di Astro Ria Januari 2016.
Also See and Read This : READ MORE

Strictly For Blogger Only!!! : READ HERE
hanz

hanz

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Related

Powered by Blogger.