Doa Pagi Dalam Bahasa Melayu | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Doa Pagi Dalam Bahasa Melayu



DOA Pagi Dalam Bahasa Melayu. Berikut dikongsikan doa pagi dalam bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia yang dikongsikan dari FB Ustaz Hasnan.Semoga kita sama-sama mengamalkan kerana sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mendengar, 

Doa Pagi Dalam Bahasa Melayu

Doa Pagi Dalam Bahasa Melayu

 Ya الله Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu Ya الله semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya Alim ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami.

Ya الله bukakanlah hijab kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.

Ya الله takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, janganlah Kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.

Ya الله bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami Ya الله .

Ya الله sejahterakanlah kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu.

Ya الله ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya الله .

Ya الله , jadikanlah kami redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kami.

Ya الله kami percaya Ya الله Engkau akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebeh baik bagi kami.

Ya الله , dorongilah kami untuk melakukan segala kebaikan sekecil apa pun kerana kami tidak tahu kebaikan mana yang akan membawa kami ke syurga.

Ya الله Ya Rahman Ya Rahim ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami dan Kau gantilah segala pengorbanan mereka dengan kebajikan untuk mereka yang boleh membawa mereka ke syurgaMu Ya الله .

Ya الله sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Justeru itu Ya الله , kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله .

Ya الله janganlah Kau jadikan hari ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan hari2 mendatang.

Tapi Ya الله , andainya hari ini hari terakhir buat kami, Engkau rahmatilah kami dan jadilah hari ini paling bererti, penoh dengan cahaya iman, menerangi kasih sayangMu.
َ
Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah juga dosa anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .

Alhamdulillah. Marilah sama-sama kita amalkan doa pagi ini.



Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.