(TERKINI) Syarat Baru Keputusan MUET Ke IPTA Bermula 1 Januari 2015 | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(TERKINI) Syarat Baru Keputusan MUET Ke IPTA Bermula 1 Januari 2015





SYarat Baru Keputusan MUET Ke UA/ IPTA Bermula 1 Januari 2015 Berikut adalah syarat baru keputusan MUET/ kelayakan terkini untuk kemasukan ke UA/ IPTA seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dalam BAJET 2015. Beliau mencadangkan untuk peningkatkan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta syarat untuk pengijazahan.

syarat keputusan muet ke ua terkini

Syarat Baru Keputusan MUET Ke IPTA 

Syaratnya ialah lulus Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pada tahap-tahap tertentu berdasarkan kursus-kursus tertentu. Syarat-syaratnya adalah seperti dalam jadual di bawah:

muet ipta 2015

Syarat Masuk IPTA

  • a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial – Band 2
  • b) Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM – Band 3
  • c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan – Band 4

Syarat Pengijazahan

  • a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial – Band 3
  • b) Pengajian STEM – Band 4
  • c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan – Band 5

Institusi pengajian tinggi swasta juga digalakkan melaksanakan langkah yang sama kerana pada masa kini syarat kemasukan am ke IPTA memerlukan pemohon mencapai tahap minimum MUET iaitu Band 1.

MUET mula diperkenalkan sebagai syarat wajib masuk universiti pada tahun 2000. Pada mulanya, calon ke IPTA hanya perlu menduduki saja peperiksaan itu untuk dapat tempat. Kini segalanya telah berubah dan ditambah baik.



muet ipta 2015

Bahawa tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah di kalangan graduan secara umumnya rendah adalah isu yang sudah dipersetujui bersama oleh banyak pihak. Kita juga bersetuju bahawa ini adalah isu yang akan jadi beban kepada negara sekiranya tidak ditangani dengan betul dan perlu ditangani segera.

PM dalam ucapannya pada pembentangan Bajet 2015 menyebut lagi betapa dianggarkan kira-kira 53,000 graduan masih belum dapat kerja biarpun enam bulan selepas habis belajar. Langkah menaikkan tahap lulus MUET itu adalah untuk membantu graduan lebih yakin diri dan ada kemahiran komunikasi untuk masuk ke pasaran kerja.

 Isunya ialah penguasaan Bahasa Inggeris yang perlu diperingkatkan. Ini isu kita bersama. Ini isu yang sedang menghantui kita sekarang dan akan terus menghantui kita bertahun-tahun akan datang jika tidak dicarikan penyelesaiannya dengan segera.

Semoga Syarat Baru Keputusan MUET Ke IPTA Bermula 1 Januari 2015 ini mampu dijadikan panduan untuk terus berusaha lebih gigih lagi dalam memperbaiki keputusan peperiksaan pelajar. Semoga berjaya.



Also See and Read This : READ MORE

Strictly For Blogger Only!!! : READ HERE
hanz

hanz

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Related

Powered by Blogger.