Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali juara AJL ke-25 | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali juara AJL ke-25



Lagu yang berjudul Tolong Ingatkan Aku dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad 9 Januari 2011. Penyanyi dan juga pembuat lagu berkenaan, Ana Raffali telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000!.
 

Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Drama King ciptaan Taja sertalirik oleh Tun Teja yang dinyanyikan oleh Black dan Meet Uncle Hussain sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh laguNoktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam nyanyian Hafiz yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.

Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut (trofi & wang tunai RM10,000) dan vokal terbaik dinobatkan kepada Hafiz menerusi lagu Noktah Cinta (trofi & wang tunaiRM10,000).

Persembahan 13 finalis AJL25 diadili oleh juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu pemuzik Acis, komposer Azmeer, penulis lirik Habsah Hassan, komposer Andy Flop Poppy, penyanyi Amy Search, komposer Pacai dan komposer M. Nasir selaku ketua juri.

Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini dan Ziana Zain dalam persembahan ‘interlude’ selain M.Nasir, Nash, dan Francissca Peter sebagai persembahan pembukaan dengan iringan muzik orkestra bimbingan pemuzik hebat Datuk Ramli MS. -mStar
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.