Rabecca Nur Islam selamat dinikahkan | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Rabecca Nur Islam selamat dinikahkan



Pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 25, mengakhiri zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan seorang peguam, Nor Azam Sulaiman, 43, pada 14 Januari 2010 di kediaman mereka di Ukay Perdana, kira-kira pukul 9.40 malam.


Pasangan pengantin tiba pada pukul 9 malam bersama 13 dulang hantaran bagi pihak lelaki dan 15 dulang dibalas oleh pihak perempuan. Dia turut menerima mas kahwin RM333.33 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan mempelai itu akan berbulan madu di London dan Paris selama dua minggu pada 14 Februari depan.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Sabtu untuk rakan-rakan dan pihak media di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan Inggeris.

Sementara majlis resepsi untuk keluarga pula akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad. -mStar
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.