Tiz Zaqyah nafi tinggal bersama Remy Ishak | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Tiz Zaqyah nafi tinggal bersama Remy Ishak




 Keintiman Tiz Zaqyah dan Remy Ishak kini semakin dihidu masyarakat umum malah kedua-dua pasangan utama drama Nur Kasih itu kini dikatakan tinggal serumah pula. Tiz yang menafikan perkara tersebut, kisah duduk serumah dengan Remy merupakan satu fitnah yang nyata.

"Memang dia pernah datang dan melepak di rumah saya tapi bersama rakan-rakan lain. Bukan dia sahaja yang datang bahkan kawan-kawan lain pun sama juga. Saya pun tak faham bagaimana kisah ini timbul kalau ada bukti mengatakan kami duduk sekali saya harap orang yang membuat cerita itu mengemukakan buktinya," kata Tiz kepada Murai
Mengakui lelah dengan segala fitnah yang melekat pada dirinya, Tiz berkata dia semakin lali dengan permainan khalayak yang berkecimpung dalam bidang seni ini. Berdoa sentiasa dikuatkan hatinya oleh Ilahi, Tiz menjelaskan cintanya masih belum bertemu dalam dirinya
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.