Semalam semasa Gelanggang Raja Lawak minggu kedua, Zizan telah terlepas membuat lawak yang mempersendakan nama ayah Paknil. Instead of menyebut “Aznil Haji Nawawi”, Zizan telah melawak dengan menyebut “Aznil Haji Nawawa”. Akibatnya, Paknil mengamuk kebengangan di Twitter.
Walaupun cuba dipujuk oleh peminat-peminatnya, Paknil masih terasa hati dengan lawak Zizan yang dianggap tidak sensitif. Kalau kami pun mungkin agak bengang orang mempersendakan nama ayah kami. Lagi-lagi bila ayah Paknil sudah pun meninggal dunia.
Tapi kami tabik spring dan respek kepada Zizan kerana mengakui kesilapannya. Zizan dah pun memintak maaf melalui Twitter kepada Paknil.
Untuk keberkesanan yang lebih mendalam, kami cadangkan Zizan pergi berjumpa face to face dengan Paknil untuk memohon maaf.
Semoga Paknil sudi memaafkan Zizan yang telah terbuat lawak tersebut secara tak sengaja. Follow Twitter Paknildan Twitter Zizan untuk info selebihnya.
No comments:
Post a Comment