Radhi OAG insaf daripada najis dadah! | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Radhi OAG insaf daripada najis dadah!


Radhi OAG yang mengaku penangan dadah yang diambil sejak 1997 memusnahkan hidup dan kariernya, memasuki pusat pemulihan kelolaan Pengasih sejak Isnin, 9 Januari 2011. Radhi mengaku semua ini adalah silapnya. Dia tidak kuat melawan najis yang meragut banyak nyawa itu hinggalah berdepan musibah bertimpa-timpa tahun lalu. itulah lumrah kehidupan belum terlambat untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.


Berkat dorongan ramai dan atas rasa suka rela, Isnin lalu dia secara rasmi menjadi ahli keluarga baru Pengasih. Menjadikan penyanyi tersohor, Jamal Abdillah sebagai mentor, dia yakin usaha disusuli doa pasti membuahkan hasil positif. Sikap terbuka Jamal sedikit sebanyak menyuntik keberanian dalam hatinya untuk berterus-terang dan telus dengan masyarakat. -hMetro
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.