Hafiz AF7 terlibat kemalangan, kereta hancur remuk! | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Hafiz AF7 terlibat kemalangan, kereta hancur remuk!

Hafiz AF7 telah ditimpa kemalangan sehingga keretanya merempuh pokok dan tiang lampu jalan di Lebuh Raya Penchala kira-kira jam 10 malam pada Isnin (3 Januari 2011) lalu.
Hafiz yang memandu kereta jenis Honda Accord telah menceritakan sendiri detik-detik cemas sewaktu kemalangan itu berlaku.

lagi....


"Waktu kejadian berlaku, saya dalam perjalanan pulang ke rumah (Damansara) dari rehearsal untuk Anugerah Juara Lagu (AJL). Saya akui saya memandu sangat lagu waktu itu kerana ingin pulang ke rumah cepat.

"Ketika berada di lane laju tiba-tiba saya berdepan dengan kereta yang bergerak dengan sangat perlahan. Bagi mengelak untuk terus berlanggar dengan kereta itu saya pun terus membuat emergency break dan memusing steering kereta dengan cepat.

"Tindakan itu telah menyebabkan kereta saya berpusing-pusing dan terus merempuh pokok dan tiang lampu jalan yang berhampiran. Dengan kuasa Tuhan, nasib saya baik kerana hanya bahagaian depan kereta sahaja yang berlanggar dan bukan bahagian tempat memandu," kata Hafiz kepada Murai
hanz

hanz

1 comment:

  1. hoda accord tu memang ramai org cakap honda accord laju dan lagu bak kata hafiz hahahaha

    ReplyDelete

Related

Powered by Blogger.