SOLAT JENAZAH | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

SOLAT JENAZAH





"SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN".

Sejak kebelakangan ini ramai kawan dan kenalan rapat yang meninggal dunia termasuk bapa mertuaku yang kembali kerahmatullah baru-baru ini. Insya-Allah, mereka yang pergi itu yang baik-baik akhlaknya. Sewaktu menziarahi jenazah seorang kawan yang meninggal bulan lepas di Teluk Intan, lalu secara tiba-tiba timbul pertanyaan di hatiku, kenapa orang baik mati cepat? Walaupun aneh kedengarannya, tetapi soalan itu menerjah juga tanpa dapat ditahan-tahan.

“Kenapa orang baik mati cepat?” tiba-tiba soalan yang sama dilontarkan oleh seorang kawan lain yang sama-sama menziarahi Allahyarham. Aku terkejut. 

“Kenapa? Orang jahat mati lambat?” balas aku. Dia tersenyum.

“Dalam pengalaman, ramai orang baik mati cepat. Lihat kawan kita ini baru mencecah 45 tahun sudah dijemput pulang.”

Aku termenung mencari makna dan kata-kata. Aku yang “lebih tua” ini belum mati. Mungkin aku tidak sebaik dia. Mungkin Allah SWT memberi keinsafan kepada aku supaya banyak bertaubat supaya tidak lupa suatu hari sampai masa dan ketika giliran aku kesana. Tapi aku tak bersedia lagi. Anak-anak belum habis belajar, amal jariah masih kurang. Semuga Allah SWT memanjangkan umur ku supaya dapat memperbanyakkan ibadah dan membuat kebaikan dan menolong orang lain yang memerlukan. 

Hari ini aku sembahyang jenazah kawan aku. Pasti suatu hari nanti aku disembahyangkan oleh orang lain pula. Ingat kata-kata ini "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Marilah kita belajar cara-cara solat jenazah.

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi menuju hari akhirat. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu. 

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu. Orang lain solat jenazah ibubapa kita sedangkan kita hanya ikut-ikut pergerakan mereka tanpa tahu apa-apa berkenaan solat jenazah. 

Perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. 

Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.

PANDUAN SOLAT JENAZAH   

Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang.

Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki.

Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya.

1. Cara mengerjakan Solat Jenazah.

Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.

Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.

Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih.

2. Rukun Solat Jenazah.

Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat :

i. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan

ii. Berdiri bagi yang berkuasa.

iii. Bertakbir empat kali.

iv. Salam

3. Lafaz niat solat jenazah:

a.  Lafaz niat solat jenazah lelaki dewasa (hadir) :



(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat ini empat kali takbir Imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)

b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan dewasa (hadir):


(Sahaja aku sembahyang ke atas perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana allah Ta'ala)

c. Lafaz niat untuk jenazah kanak-kanak lelaki (hadir):



(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)

d. Lafaz niat untuk jenazah kanak-kanak perempuan (hadir):


(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)


e. Lafaz niat untuk jenazah lelaki (ghaib):


(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat lelaki si anu yang ghaib ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)

f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan (ghaib):


(Sahaja aku sembayang ke atas mayat perempuan si anu yang ghaib ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)

f. Lafaz niat untuk jenazah ramai:


(Sahaja aku sembahyang ke atas semua mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)

Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.

Selepas Takbir Pertama dibaca : Al-Fatihah
Selepas Takbir Kedua dibaca : Selawat Ibrahimiah:   



Selepas Takbir Ketiga dibaca: Doa:


Jika jenazah Kanak-Kanak dibaca doa ini:


Selepas Takbir yang Keempat dibaca doa ini:


Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan ke kanan dan ke kiri dengan membaca Surah Al-Ikhlas 7 x.

Wasallam. 
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.