AWAN RADIOAKTIF BERGERAK KE TOKYO. MALAPETAKA BESAR BUAT UMAT MANUSIA. | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

AWAN RADIOAKTIF BERGERAK KE TOKYO. MALAPETAKA BESAR BUAT UMAT MANUSIA.



 

Semasa penulis bertugas di Woksyop Pusat Angkatan Tentera, seorang staff iaitu pekerja awam dan beliau juga seorang kartunis majalah "Gila-gila" yang bertugas di seksyen peralatan khas, membaikpulih kompas tentera yang rosak telah meninggal dunia selepas beberapa tahun bekerja dibengkel tersebut. Akibat kematian adalah disebabkan oleh kanser. Ketua seksyen tersebut memberitahu bahawa beliau ini suka berehat didalam bilek tersebut semasa waktu rehat tengahari. Mengasingkan diri kerana mengambil kesempatan masa rehat untuk melukis kartun untuk majalah gila-gila. Nama pena kartun jika tak silap "MOJO".

Untuk maklumat pembaca, kompas tentera boleh digunakan pada waktu malam kerana angka-angkanya dan jarum penunjuk arah akan terang dalam keadaan gelap adalah diperbuat daripada radioaktif "luminous" yang telah dicuci beberapa kali sebelum dipasang pada kompas. Bilek khas tersebut hanya boleh dimasuk dengan pakaian khas seperti yang dipakai oleh pekerja di Janakuasa Nukleur. Prosedur biasa, selepas staff-staff keluar dari bilek compass, bacaan pada kad pengesan radiasi akan direkodkan menunjukkan tahap pancaran tetapi selalunya bacaan adalah selamat. Tetapi kalau terlalu kerap dan terdedah selalu  dalam bengkel tersebut, ia akan memudaratkan kesihatan.   


BAHAN LUMINOUS DIPASANG PADA ANGKA DAN JARUM COMPAS

Penulis nak ceritakan sedikit, sekadar menyampaikan apa yang tahu. Bahan radioaktif ialah bahan yang boleh mereput. dalam proses reputannya, ia membebaskan tiga jenis radiasi bernama Alfa, Beta dan Gamma. Gamma terutamanya adalah sangat berbahaya kerana bila terkena kepada kita manusia.  

Nak tahu? sinar radioaktiflah yang boleh menyebabkan kita mendapat kanser kerana ia mengganggu proses pembelahan sel dalam tubuh kita. 

Jika anda masih ingat kesan lontaran bom atom oleh Amerika Syarikat ke atas Nagasaki dan Hiroshima. Apakah Bom Atom? Bom Atom ialah bom yang direkacipta daripada bahan radioaktif, salah satu yang popular ialah uranium. apa kesannya? ramai yang masih hidup merupakan pengidap kanser. ya, kanser! takut?

Ini akan bakal berlaku pada kita juga. Kanser bakal menjadi musuh utama dunia terutama Jepun selepas musibah ini. mengapa? 

Baca ni...
Tahap radiasi atau pencemaran radioaktif yang boleh menyebabkan kanser meningkat dengan mendadak di kawasan sekitar loji tersebut selepas reaktor No.4 terbakar semalam disyaki akibat satu letupan. Sejak minggu lalu berlaku tiga letupan melibatkan beberapa reaktor di loji nuklear berkenaan.
Baca ni lagi...
Selepas kebakaran pada reaktor No. 4 berlaku, bacaan pencemaran radiasi di kawasan sekitarnya melonjak jauh melepas tahap selamat kepada 400 millisieverts sejam (mSv/j). Pendedahan radiasi yang selamat untuk manusia adalah cuma setakat 3mSv untuk setahun.lihat! 400 mSv untuk sejam sedangkan sepatutnya yang diterima ialah 3mSv setahun. bukankah ini musibah? 
Ini satu laporan yang harus kita semua bimbangi, bacalah!

Dalam nada serupa, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), turut mendedahkan bahawa radiasi daripada reaktor nuklear itu telah dibebaskan ke udara. Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan ketika berucap di televisyen tempatan, buat kali pertama mengakui bahawa radiasi telah tersebar dari loji nuklear Fukushima.
"Tahap radiasi itu amat tinggi dan risiko lebih banyak radiasi tersebar juga sangat tinggi. Kami sedang melakukan segala usaha untuk menghalang kebocoran radiasi itu daripada terus tersebar. Saya faham bahawa orang ramai kini bimbang tetapi saya merayu anda supaya bertenang." 
Radiasi boleh membunuh dan mengubah sel badan manusia yang menyebabkan penyakit barah. Setakat semalam, tahap radiasi yang tinggi dicatatkan di Ibaraki, sebuah bandar yang berada sekitar 128 kilometer dari sini. Di bandar Saitama, dekat sini, tahap pencemaran radiasi yang direkodkan pula adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada normal.

Kerajaan Jepun meminta penduduk yang tinggal dalam lingkungan 32 kilometer dari loji nuklear Fukushima supaya tinggal di dalam rumah, menutup semua tingkap dan berhenti menggunakan penghawa dingin sebagai langkah keselamatan. Lebih 100,000 orang dipercayai berada dalam zon tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, negara-negara luar bermula dengan China mula memindahkan rakyat mereka dari sini kerana bimbang tentang pencemaran radiasi. Setakat ini, beberapa negara asing termasuk Austria dan Perancis mengumumkan akan memindahkan kedutaan mereka ke bandar Osaka yang terletak 400 kilometer dari Tokyo.


Jadi, haruskah kita, rakyat malaysia takut? hmm, janganlah takutkan awan radioaktif melebihi daripada takutkan Allah SWT. Percaya pada Dia. kerana Dia maha Melindungi. Mintalah kepadaNya agar kita, dirahmati dan dijauhi daripada mala petaka itu. 

Antara larangan Allah adalah melakukan kerosakan di muka bumi. Allah s.w.t mencipta manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Tugas sebagai khalifah adalah memakmurkan bumi, bukan untuk melakukan kerosakan. Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan sepertimana firman Allah dalam surah Baqarah, ayat 205:
Ertinya: Dan apabila dia berpaling, dia berusaha melakukan kerosakan di muka bumi ini dan menghancurkan tanaman dan keturunan. Dan Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Malaysia juga terdedah kepada bahaya kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi di Jepun.

Aku sokong kenyataan supaya rakyat malaysia tak panik, betul...tapi... aku harap sangat agar orang besar-besar ni bercakap menggunakan akal. jangan menafikan kebenaran. bukankah lebih baik sekiranya mereka menyatakan kebenaran tetapi secara berhemah?

Wasallam.
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.