( FAKTA ) Disebalik Sejarah Kegemilangan bolasepak Malaysia | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

( FAKTA ) Disebalik Sejarah Kegemilangan bolasepak Malaysia






FAKTA sebenar yang disembunyikan disebalik sejarah kegemilangan bolasepak kita seperti yg kita banggakan selama ini..mohon baca??

Benarkah Dekad 70-an Zaman Emas Bolasepak?

“Dulu zaman Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, bolasepak Malaysia hebat tak macam hari ini.”



Itulah ayat cliche yang wajib kedengaran daripada mulut golongan pakcik-pakcik dan abang-abang setiap kali menyampuk perbualan anak-anak muda mengenai bolasepak Malaysia hari ini. Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun. Kalau hendak tambah sedap, petiklah nama Santokh Singh, R. Arumugam atau mana-mana lagi pemain era 70-an yang lain.

Tidak kisahlah sama ada pakcik atau abang yang mendabik dada itu memang pernah menjejakkan kaki di Stadium Merdeka, atau sekadar menonton Mokhtar Dahari beraksi di televisyen sahaja, atau mereka sendiri sebenarnyapun tidak pernah mengikuti perkembangan bolasepak semasa dekad 70-an. Mungkin mereka sekadar tahu petik nama Mokhtar Dahari atau Soh Chin Aun sahaja kerana sebenarnya pada zaman tersebut mereka masih lagi menyusu ibu atau lebih berminat main guli.

Jadi adakah benar dekad 70-an merupakan zaman emas bolasepak negara?


Memang tidak dapat dinafikan bahawa satu-satunya peristiwa di mana kita bermain di Sukan Olimpik telah berlaku pada dekad 70-an: lebih tepat lagi pada tahun 1972. Selain itu, kita juga layak untuk ke Sukan Olimpik 1980 – di penghujung dekad 70-an, namun kita tidak bermain apabila memboikot edisi tersebut yang diadakan di Moscow.Prestasi terhebat pasukan era tersebut telah dipamerkan di pentas Sukan Asia. Kita berjaya merangkul pingat gangsa pada edisi 1974 di Tehran. Namun, adakah kita pernah memenangi apa-apa selain itu? Kita layak ke Piala Asia pada tahun 1976 namun kita tidak menang sebarang perlawanan. Akibatnya kita menduduki tempat ke-5 daripada hanya 6 pasukan yang bertanding. Ya, hanya 6 pasukan yang bertanding, sedikit bukan? Kita juga layak ke Piala Asia 1980 tetapi hanya berjaya menang satu perlawanan sahaja dan sekadar mendapat tempat ke-6 daripada 10 pasukan yang bertanding.

Tanpa apa-apa kejuaraan di peringkat Asia, maka adalah tidak betul untuk melabel Malaysia sebagai gergasi Asia di era 70-an. Jika ia tidak betul, maka ia satu pembohongan. Mungkin apa yang lebih tepat ialah menyatakan bahawa Malaysia MAMPU BERSAING dengan gergasi Asia pada dekad tersebut. ‘Kemampuan bersaing dengan gergasi’ dan ‘menjadi gergasi’ – ialah dua perkara yang sama sekali berbeza.Kita juga perlu menerima hakikat betapa landskap bolasepak Asia pada dekad 70-an sangat berbeza daripada zaman sekarang. Di manakah gergasi-gergasi bolasepak Asia kini, pada dekad 70-an?

Jepun (ranking pertama Asia)
1. Tidak menyertai pertandingan kelayakan acara bolasepak Sukan Olimpik daripada edisi tahun 1972, sehinggalah tahun 1996.
2. Sebelum itu telahpun merangkul pingat gangsa Olimpik 1968 di Mexico City.

Australia (ranking ke-2 Asia)
1. Tidak bertanding di Asia. Hanya menyertai AFC pada 1 Januari 2006.

Iran (ranking ke-4 Asia)
1. Bolasepak sama sekali diabaikan selepas Revolusi 1979 dan Perang Iran-Iraq (1980-88).
2. Sebelum itu menang Piala Asia 3 kali berturut-turut pada edisi 1968, 1972 dan 1976.China (ranking ke-5 Asia)
1. Menarik diri daripada keahlian FIFA pada 1958 sebelum menyertai semula pada tahun 1979.

Uzbekistan (ranking ke-6 Asia)
1. Masih lagi sebahagian daripada Soviet Union.

Iraq (ranking ke-7 Asia)
1. Tempat ke-4 Piala Asia 1976. Tidak menyertai Piala Asia selepas itu sehinggalah edisi 1996.

Jordan (ranking ke-8 Asia)
1. Tidak menyertai pertandingan kelayakan Piala Dunia sebelum tahun 1986.
2. Tidak menyertai Piala Asia daripada tahun 1976 sehingga 1980.

Arab Saudi (ranking ke-9 Asia)
1. Tidak menyertai Piala Asia daripada tahun 1956 sehinggalah 1972.
2. Menarik diri daripada Piala Asia 1976.
3. Tidak menyertai pertandingan kelayakan Piala Dunia sehinggalah tahun 1978.
4. Liga bolasepak tempatan hanya mula dianjurkan pada tahun 1976.

Kuwait (ranking ke-10 Asia)
1. Tidak menyertai Piala Asia sehinggalah tahun 1972.
2. Walaupun tiada pengalaman, namun berjaya menjadi naib juara Piala Asia pada tahun 1976 sebelum menjuarai edisi 1980.

Nampaknya rata-rata kuasa besar bolasepak Asia, yang menghuni ranking 10 ke atas pada masa kini, sedang menanggung kesan akibat peperangan dan pergolakan serantau pada dekad 70-an. Ini mengakibatkan persekitaran bolasepak tempatan mereka terencat selain pemboikotan sama sekali pertandingan-pertandingan bolasepak peringkat antarabangsa.

Malah, ada daripada kalangan gergasi Asia berkenaan yang tidak menyertai apa-apa pertandingan pada era tersebut: China hanya menyertai FIFA pada akhir dekad 70-an, Australia belum berada dalam naungan AFC dan Uzbekistan sama sekali belum wujud sebagai sebuah negara.

Jika kesemua gergasi-gergasi bolasepak Asia ini aktif bersaing pada dekad 70-an, yakinkah kita bahawa ‘skuad zaman emas’ masih mampu bersaing dengan mereka? Adakah ‘skuad zaman emas’ masih mampu mencapai sesuatu sekiranya Australia, China dan Uzbekistan menyertai pertandingan peringkat Asia pada era tersebut?

Adakah ‘skuad zaman emas’ masih mampu bersaing sekiranya Jepun, Iran, Iraq, Jordan dan Arab Saudi tidak menarik diri dan sebaliknya menyertai kesemua pertandingan peringkat benua Asia pada dekad 70-an?

Pada Sukan Asia 1970, ‘skuad zaman emas’ kita telah kalah dengan Myanmar (dahulu dikenali sebagai Burma) dan Kemboja (dahulu dikenali sebagai Republik Khmer). Pada Sukan Asia 1978, ‘skuad zaman emas’ kita dilaukkan oleh China 7-1. Kita, gergasi bolasepak Asia? Mungkin kita hanya boleh menjadi gergasi Asia pada zaman di mana ‘gergasi-gergasi’ bolasepak Asia yang lain ialah Myanmar dan Kemboja.Kita juga perlu terima hakikat bahawa pada dekad 60-an dan 70-an kita bukanpun wakil terbaik ASEAN di peringkat benua. Tatkala kita tidak pernah melangkah jauh dalam Piala Asia, Myanmar pernah menjadi naib juara Piala Asia pada tahun 1968. Malah Myanmar pernah merangkul pingat emas Sukan Asia dua kali berturut-turut pada tahun 1966 dan 1970.

Ketika negara-negara Asia lain masih terkial-kial untuk mengenali apa itu bolasepak, dua bekas koloni British yang menerima manfaat pendedahan awal daripada penjajah mereka: Myanmar dan Malaysia, telah mencuri kesempatan untuk menguasai arena bolasepak Asia yang masih mentah.

Kesempatan itu bagaimanapun, tidak akan kekal buat selama-lamanya. Kesempatan itu telah datang, dan kesempatan itu juga telah pergi. Namun, Myanmar sempat juga menjuarai pertandingan di peringkat benua Asia.

Bagaimana pula dengan Malaysia?

Jadi abang-abang dan pakcik-pakcik sekalian, mungkinkah lebih tepat sekiranya kita menganggap Myanmar sebagai pasukan yang lebih hebat daripada Malaysia pada era tersebut?

Atau adakah mereka sekadar bernasib baik?
hanz

hanz

3 comments:

  1. sy peminat kuaci.. maki je sy tau

    ReplyDelete
  2. itulah hakikat sebernanya

    ReplyDelete
  3. Dijamin aman : www.sakubola.com

    Agen Judi Online, Agen Bola Online, Agen Casino Online, Agen Casino Terpercaya, Agen Bola terpercaya, Daftar SBOBET.


    PROMO Spesial :

    * BONUS DEPOSIT AWAL MEMBER BARU: 20% (khusus sbobet, ibcbet, & 368bet).
    *BONUS NEW MEMBER: 20%
    *BONUS NEXT DEPOSIT : 5%
    *CASHBACK : 10%
    *BONUS ROLLINGAN 0.5%
    *BONUS ROLLINGAN CASINO 0.7%
    _______________________________________________

    ## PERHATIAN ##
    *Apabila ditemukan telah melakukan kecurangan atau telah melanggar ketentuan dari promo ini dan/atau Peraturan dan ketentuan di Kami,maka segala kemenangan yang ada di anggap HANGUS dan nilai deposit murni anda yg ada akan dikembalikan ke rekening anda.
    _______________________________________________
    Lihat persyaratan lebih lengkap disini: https://goo.gl/Bzfl9c

    Dijamin aman dan terpercaya 100% Keamanan Data Member Kami
    Sekian dan Terima Kasih.

    ReplyDelete

Related

Powered by Blogger.