Persiapan Majlis Perkahwinan | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Persiapan Majlis Perkahwinan




Cuti sekolah dah pun bermula. Jadi bagi pengantin lelaki dan perempuan apakah anda sudah sedia dari segi kewangan dan persiapan majlis perkahwinan? Bagi keluarga yang baru kali pertama membuat kenduri kahwin perlu belajar dari saudara yang pernah melangsungkan perkahwinan sebelum ini.


Bagi pengantin lelaki bukan susah sangat pun nak kawin. Yang penting niat itu mesti betul. Mengikut sunnah Rasulullah SAW dan meyambung keturunan. Jangan lupa pula dokumen-dokumen asas seperti salinan kad pengenalan bakal pengantin perempuan dan juga lelaki serta gambar sekurang-kurangnya 4 keping. Kepada bakal pengantin perempuan janganlah minta hantaran mahal-mahal sehingga bakal pengantin lelaki terpaksa membuat pinjaman bank. Kalau nama blacklist pula jangan terpaksa pinjam along. Biar kenduri itu sederhana sahaja. Jika pinjam bank nanti kelak yang akan bayar suami anda juga. Fikir-fikirkanlah .Buatlah majlis yang sederhana sahaja kalau tak mampu asalkan sempurna. Jangan sampai berhutang semata-mata ingin nampah gah dimata orang. Banyak kenduri kahwin yang dibuat secara besar-besaran banyak yang tak bertahan lama. Lepas setahun sahaja perkahwinan mula naik pejabat agama minta fasakh dan bercerai kerana tidak diberkatiNya. Ada saja masalah selepas itu.

Seperti pengantin lelaki, pengantin perempuan juga perlu berhati–hati dalam membuat persiapan perkahwinan terutamanya dari segi kewangan. Perbelanjaan yang berlebihan akan mengakibatkan penyesalan di kemudian hari.  Gunakan senarai "checklist"  dibawah bagi memastikan anda dapat mengawal bajet perkahwinan anda dengan bijak. List ini sebagai garis panduan sahaja. Jika perlu dikurangkan lagi bajet. Kuranglah kerana selepas berkahwin mesti nak berbulan madu didalam negeri atau luar negeri. Yang penting majlis perkahwinan anda diberkati Allah SWT dan kekal sepanjang hayat sehingga keanak cucu. Selamat pengantin baru.

Checklist

1 Yuran kursus pra perkahwinan
2 Cincin tunang
3 Cincin kahwin
4 Barang kemas
5 Wang mas kahwin
6 Wang upah kadi
7 Kad jemputan kahwin
8 Setem untuk pos kad jemputan
9 Wang hantaran
10 Sirih junjung
11 Kain ela
12 Baju kurung
13 Telekung & Sejadah
14 Senaskah Al – Quran
15 Beg tangan
16 Kasut
17 Jam tangan
18 Set penjagaan badan
19 Set alat solek
20 Kek
21 Buah-buahan
22 Coklat
23 Potpurri
24 Gubahan barang hantaran termasuk upah
25 Hiasan bilik tidur
26 Pelamin
27 Bunga telur
28 Bunga pahar
29 Gambar & upah jurugambar
30 Sewa kanopy termasuk alas meja dan upah pekerja
31 Set meja pengantin termasuk alas meja dan bunga
32 Set makan beradap
33 Penanggah
34 Katering
35 Upah kumpulan kompang
36 Upah DJ
37 Kos perjalanan rombongan pergi dan balik
38 Kos tempat penginapan
39 Cenderahati untuk saudara dan sahabat
40 Upah juruandam



Nasihat penulis. Jika boleh jangan majlis kenduri perkahwinan ada unsur maksiat seperti mengadakan muzik diiringi penyanyi dengan kugiran. Cukup setakat DJ dengan karaoke. Jika boleh tak payah kedua perkara tersebut. Biar berkumandang lagu-lagu dakwah dan bacaan ayat suci sahaja sepanjang majlis perkahwinan anda.

Wasallam.
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.