Alyah Juara Gah 1 Anjuran RTM | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Alyah Juara Gah 1 Anjuran RTM



HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
Malam Kemuncak Gah 1 musim ketujuh anjuran RTM yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, malam tadi berakhir dengan menobatkan Alyah dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang selaku juara. Lagu Tak Mungkin Kerana Sayang (komposer: Ajai / penulis lirik: Habsah Hassan) membolehkannya menjuarai Anugerah Lagu Terbaik Gah 1 dan Anugerah Persembahan Terbaik.



Alyah membawa pulang hadiah berjumlah RM50,000 iaitu RM40,000 untuk Anugerah Lagu Terbaik dan RM10,000 (Persembahan Terbaik).

Ernie merangkul anugerah Lagu Terbaik Tempat Kedua & RM30,000 menerusi lagu, Cinta Adam dan Hawa (komposer: Azmeer / penulis lirik: Loloq). Ernie mewakili Misha Omar kerana tidak dapat hadir.

Kumpulan 6ixth Sense menggondol anugerah Lagu Paling Popular Pilihan SMS dan habuan bernilai RM20,000.

Ini bermakna Alyah mengikuti jejak langkah juara terdahulu seperti Misha Omar menerusi lagu Pulangkan pada musim pertama, Jaclyn Victor (musim kedua), Yazer dan Hazama - Lagu Jiwa Lagu Cinta (musim ketiga), Adibah Noor - Terlalu Istimewa (musim keempat), Ramlah Ram - Ketentuan (musim kelima) dan Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu (musim keenam).

sumber : mStar
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.