Mael XPDC Direman Sebab Rotan Anak | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Mael XPDC Direman Sebab Rotan Anak



Lepas satu satu berita salahlaku artis terpampang di akhbar. Terbaru, Mael XPDC pula direman polis 3 hari untuk membantu siasatan berhubung dakwaan kes memukul anak gadisnya berusia 16 tahun.



Vokalis kumpulan rock XPDC, Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim (gambar), 42, direman tiga hari sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes memukul anak gadisnya berusia 16 tahun, di tangan, pada 10 Mei lalu.

Mael ditahan selepas isterinya membuat laporan polis pada hari kejadian di rumah wanita itu di Tanjung Agas, Ledang.

Difahamkan berikutan itu, anaknya yang dipukul dengan tangan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tangkak di sini, selepas kejadian tersebut.

Menurut sumber, Mael dengan isterinya tinggal berasingan namun dia dibenarkan untuk melawat anaknya dari semasa ke semasa.

Ketika kejadian, isteri Mael tiada di rumah kerana keluar bekerja dan perselisihan faham dikatakan berlaku kerana anaknya itu enggan bersalaman dengannya.

Siasatan polis terhadap kes penyanyi tersebut dibuat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mendatangkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Harun Idris ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut. - Utusan Online
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.