Saiful tuduh Dr. Osman bohong | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Saiful tuduh Dr. Osman bohong




KUALA LUMPUR - Mohd. Saiful Bukhari Azlan menuduh Dr. Mohd. Osman Abdul Hamid berbohong apabila menulis dalam laporan pemeriksaan bahawa dirinya mengadu ada kemasukan barang plastik pada duburnya.

Tegas bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, dia sama sekali tidak pernah berkata demikian kepada doktor tersebut ketika membuat pemeriksaan di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008, dua hari selepas mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar.

Bagaimanapun, dakwa Mohd. Saiful, dia tidak tahu kenapa Dr. Osman berbohong sambil menafikan wujud perselisihan faham antara mereka kerana sebelum ini mereka saling tidak mengenali.

Mohd. Saiful, 25, disoal balas oleh peguam Karpal Singh yang mewakili Ketua Pembangkang itu dalam perbicaraan kes liwat Anwar di Mahkamah Tinggi di sini semalam yang kembali bersambung selepas tiga bulan tertangguh.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan pukul 4.30 petang 26 Jun 2008.

Mohd. Saiful: Sebelum pemeriksaan dilakukan Dr. Osman, saya hanya mengatakan kepada doktor tersebut saya sakit dubur dan sakit perut. Semasa sedang diperiksa saya terus terang (mengatakan) yang saya telah diliwat.

Bagaimanapun, Mohd. Saiful tidak dapat membaca laporan hasil pemeriksaan Dr. Osman yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.


HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.