Petua Mendapatkan Baby Boy Atau Girl | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Petua Mendapatkan Baby Boy Atau Girl



hello all..

kat sini jom kiter ramai2 kongsi petua2 yang korang ader..

so boleh kiter amalkan sesamer.. hehe..

well.. saya ader laa beberapa petua utk dapatkan baby boy or girl.. insya Allah:


1. MELALUI PEMAKANAN

Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati:

i. Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram

ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu

Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut petua di atas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 - 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan sertamerta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus


2. MELALUI MASA SUBUR SESEORANG

Waktu tidur boleh d**etahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:

i. Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur

ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.

Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.


3. TAHAP KEASIDANAN

Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.

i. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.

ii. Unutuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan “bikarbonat” yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan.


4. TAHAP KEPUASAN ISTERI

Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:

i. Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y.

ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.

Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 - 80 peratus, mengikut Prof. Dr. Hamis Arshat, Pakat Sakit Puan.




*p/s - walo cammaner pun.. yang penting zuriat itu adalah anugerah yang paling besar utk kiter.. x kisah laa laki2 or pompuan .. dan dlm setiap usaha yang dilakukan.. haruslah kiter berdoa kepadaNYA...DIA yang menentukan segalanya..


HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.