Obsesi Trend “Thigh Gap” | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Obsesi Trend “Thigh Gap”



Thigh gap atau lebih dikenali sebagai jurang antara paha di bahagian atas kaki walaupun kaki berdiri bersentuhan antara satu sama lain di bahagian bawah. Bagi wanita, thigh gap seperti satu bentuk badan yang cantik dan feminin. Lebih-lebih lagi apabila memakai skinny jeans. Thigh gap hanya ada pada sesetengah wanita yang mungkin ada pada diri mereka kerana genetik atau bentuk tulang pinggang yang besar.


Pernah satu ketika pada tahun lalu, thigh gap kian menjadi trend di kalangan remaja perempuan yang sanggup tidak makan dan minum semata-mata untuk mendapatkan thigh gap yang sebenarnya lagi membahayakan nyawa mereka apabila tiada makanan atau minuman yang di ambil. Trend thigh gap berleluasa sejak sebuah acara pertunjukan fesyen pakaian dalam yang menampilkan model-model dengan thigh gap yang menjadi pujaan remaja wanita di Amerika Syarikat.

 Skinny jeans

Menurut pakar Claire Mysko, dari National Eating Disorder Association sebilangan wanita sanggup bertungkus lumus untuk mendapatkan rupa bentuk kaki yang sangat kurus ini dan mereka sanggup mengharungi diet yang sangat bahaya untuk mendapatkannya.

Namun, kurus sebenarnya tidak bermaksud orang tersebut sihat dan fit kerana badan kita memerlukan diet yang sihat seimbang dan aktiviti yang baik untuk kesihatan badan dan bukan untuk mendapatkan thigh gap semata-mata untuk kecantikan atau mengikut peredaran trend pelik seperti ini.

Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.