CARA MEMBUAT AIR PENAWAR . | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

CARA MEMBUAT AIR PENAWAR .




Kaedah membuat air penawar tidak diterangkan dalam mana-mana blog perubatan. Anda cuba goggle dalam internet memang tak ada. Yang ada air penawar yang hendak dijual dari beberapa induvidu yang telah diruqyahkan oleh ustaz-ustaz atau murid-murid dari pondok agama. 

Harga pun boleh tahan juga. Kebanyakan kita selalu berjumpa dengan ustaz atau bomoh untuk mendapat air penawar bagi mengubati penyakit biasa seperti kencing manis, mencerdaskan minda, membuang angin dalam badan dan sebagainya. Ada juga mendapatkan air penawar untuk yang kena sihir,  penawar racun dan berbagai penyakit misteri yang lain.

Kali ini captain nak terangkan bagaimana untuk membuat air penawar untuk kegunaan diri sendiri serta ahli keluarga.

Cara-cara membuat air penawar.

1. Sebelum mula tentukan diri anda bersih dan berwudhuk.
2. Lelaki atau wanita asalkan bacaannya baik dan betul bacaannya. 
3. Sebaiknya lakukan selepas solat asar.
4. Mengadap kiblat kerana selepas solat asar.
5. Air mineral dan buka tudungnya.

Surah-surah yang dibaca.

Sebelum mula, Istighfar 10 kali serta salawat Nabi 10 kali.
  1. Baca Al-Fatihah - 10x.
  2. Baca Ayatul Kursi - 1x.
  3. Baca Surah Al-Ikhlas - 3x.
  4. Baca Surah Al-Falak - 1x.
  5. Baca Surah An Naas - 1x.
  6. Baca Surah Yunus - 11x. (Mula bacaan seperti ditunjukkan).
  7. Zikir  "Ya-Naafi" - 100x.
  8. Penutup - Salawat Nabi 10x.

Maksudnya:

81. Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya" Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan.

Simpan ditempat yang tinggi. Jangan dilangkah air penawar itu. Kegunaan air penawar sekiranya ada ahli keluarga yang terkena sihir, dirasuk oleh makhluk halus. Bagi minum dan mandikan. Tuang dan campurkan ke dalam baldi yang sudah ada air mandi. Jika kurang sihat dan demam, minum waktu pagi dan petang. Nak diterangkan kegunaan air penawar untuk berbagai penyakit zahir dan batin, terlalu banyak. Sila tinggalkan komen anda. Segala ilmu ini dihalalkan kepada pembaca. 

Wasallam.
hanz

hanz

9 comments:

  1. assalamualaikum...
    bagus blog nie...saya suka sangat2 dengan isi kandungan cerita yg ada dlam blog nie..
    terima kasih saudara :)

    ReplyDelete
  2. Kaifiat ni boleh take guns utk anak nak ambik pekse

    ReplyDelete
  3. Kaifiat ni boleh take guns utk anak nak ambik pekse

    ReplyDelete
  4. Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya, suami dan anak-anak saya. Saya ambil yang Haq semata-mata dari tuan/puan dulu, kini dan akan datang.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Suami sy selalu termenung ingat semula kesilapan2 yg sy lakukan sebelum bernikah dengannya. Hal ini sering menimbulkan pgaduhan dlm rumahtangga sy.Apa yg patut sy buat utk lembutkan hatinya melupakan kesilapan sy?

    ReplyDelete
  6. Yg surah yunus tu kalau baca penuh ayat 81 tu boleh ke?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum tuan
    terima kasih dgn ilmu yg bermanfaat ini,izinkan saya dan ijazahkan saya utk mengamalkan nya dgn izin Nya,,,semoga Allah sentiasa didalam rahmat dan keberkatanNya,,,

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum tuan,izinkan saya utk mengamalkan cara2 membuat air penawar ini...semoga tuan dirahmati Allah

    ReplyDelete

Related

Powered by Blogger.