( GAMBAR & PREVIEW ) MAJLIS PELANCARAN ALBUM NING BAIZURA - DEWA & SHOWCASE 2011 | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

( GAMBAR & PREVIEW ) MAJLIS PELANCARAN ALBUM NING BAIZURA - DEWA & SHOWCASE 2011





MAJLIS PELANCARAN ALBUM NING BAIZURA - DEWA & SHOWCASE 2011 yang telah diadakan di ZOUK, Kuala Lumpur yang telah dianjurkan oleh Pihak Universal Music Malaysia dengan sokongan Stesen Radio ERA FM yang bertindak sebagai Radio Rasmi telah diadakan.


Setelah beberapa sekian lama menyepi akhirnya Penyanyi dan juga diva antarabangsa ini telah muncul kembali dengan kelahiran Album DEWA yang mana ia merupakan Album yang ke-12 NING yang diterbitkan sendiri oleh NING bersama Komposer Audi Mok menerusi gabungan Syarikat mereka berdua iaitu Happenings dan Satu Entertainment dimana Album ini akan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.


baca lagi.......




Album "DEWA" kali ini menampilkan irama yang berentak 'elektro' dan 'dance'.Namun lagu unsur balada tetap ada dalam Album ini.Apa yang boleh didengar didalam Album NING kali ini adalah kebolehan beliau dalam pelbagai teknik vokal selain daripada vokal Soprano yang dimiliki beliau. Kalau tiada halangan NING BAIZURA bakal mengadakan konsert di KL LIVE pada Disember 2011 sempena kelahiran Album Dewa ini. Ini masih lagi dalam perancangan.


Tahniah buat Ning Baizura yang telah berjaya melancarkan album DEWA yang memuatkan 8 buah lagu yang Hanz rasa korang patut dengar kesemuanya. Bak kata beliau, semua lagu dalam album DEWA ada keunikan dan nilai, selera masa kini serta energetik tersendiri.Tepat jam 8.30 malam, Ning Baizura memulakan persembahan dengan gimik yang menggunakan beberapa lelaki berotot besar seperti RAKSASA. Ya, Raksasa kan lagu di carta pertama album DEWA. 





Dress yang dipakai Ning Baizura direka oleh Rizman Ruzaini yang juga turut mencipta pakaian buat Ning semasa pengambaran video klip BILA. Konsep baju ala2 diva berinspirasikan glam dewa warrior. Warna simbolik gold dengan material sequin utk glam effect dengan PVC material persis besi atau perisai.



Ning juga turut mengumumkan kepada hadirin yang dia akan ke USA bersama suami untuk menyaksikan persembahan penyanyi tersohor Celine Dion di mana ini adalah hadiah istimewa dari suami beliau.

Diharap NING terus berjaya dalam Karier beliau sebagai penghibur tanah air.Kepada peminat NING BAIZURA jangan lupa dapatkan Album terbaru beliau. Belilah yang original ok.


okey bawah nie hanz ade sedia kan  VIDEO Ning Baizura - Raksasa (Preview)... diharap anda semua terhibur.....









p/s: Terima kasih kepada Rentak Artis yang telah mengajak Blog Hanz dan Bemie's World ke Pelancaran Album Ning Baizura ini. Ini disebab kan blog hanz x dapat ape2 invitation pon dari Ning.
hanz

hanz

2 comments:

  1. oh...tau2...kak ina .... :)...salam perkenalan dari saya Blog Hanz

    ReplyDelete

Related

Powered by Blogger.