JEMPUTAN Rakaman Program “Sedetik Muzik” | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

JEMPUTAN Rakaman Program “Sedetik Muzik”

Buat semua penonton setia TV3, stesen TV popular ini akan membawakan kepada korang sebuah konsert mini istimewa iaitu “SEDETIK MUZIK” yang akan disiarkan pada bulan Syawal nanti. Wuu.. Tentulah program untuk raya Aidilfitri kan!

Program berdurasi 60 minit ini akan diwarnai dengan persembahan daripada artis-artis senior dan digandingkan bersama bakat-bakat baru yang akan mendendangkan lagu-lagu hits dan popular. Boleh jaminlah akan lebih memeriahkan sambutan Aidilfitri korang pada kali ni.
Dihoskan oleh Fara Fauzana, konsert ini bakal menggandingkan 5 orang artis baik dari generasi lama mahupun yang bar. “Sedetik Muzik” menampilkan nama-nama yang bakal mengegarkan pentas seperti Shila Amzah, Datuk M. Nasir, Datuk Khadijah Ibrahim, Azlan & The Typewriter dan Black.
Kalau nak sama-sama memeriahkan rakaman program ni, silalah baca maklumat lanjut kat bawah ni ok!
Tarikh :  24 Julai 2011 (Ahad)
Waktu :  8.00 malam (Rakaman bermula pada jam 8.30malam)
Tempat  : Sri Pentas 2, Tingkat 5, Plaza Alam Sentral, Shah Alam

hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.