Amy Winehouse Meninggal Dunia | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Amy Winehouse Meninggal Dunia

PENYANYI berasal dari England, Amy Jade Winehouse (Amy Winehouse), 27, (gambar) yang pernah terlibat dengan masalah dadah dan minuman keras meninggal dunia pada Sabtu.
Menurut Daily Mail, penyanyi lagu Rehab itu ditemui mati di kediamannya di Camden, London, England.
Perkara itu sudah disahkan oleh pihak polis.

"Seorang wanita yang menemui mayat Amy telah menghubungi pihak Ambulan London ke Camden Square NW1 sebelum polis menyusul ke tempat kejadian," kata salah seorang sumber polis.
Sehingga sekarang, polis masih mencari penyebab sebenar kematian Amy dan menjalankan siasatan lanjut.
Namun, Amy dipercayai meninggal kerana terlalu banyak mengambil dadah.
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.