PELANGGAN Suzanna Sahrom menunjukkan pakej nasi kandar di ‘Q’ Bistro Nasi Kandar Cheras yang terbabit Program Menu Rakyat 1Malaysia.
KUALA LUMPUR: Rakyat kini boleh menikmati sarapan pagi pada harga RM2 dan makan tengah hari RM4 di 728 premis makanan di seluruh negara, mulai semalam, melalui Program Menu Rakyat 1Malaysia.
Sarapan RM2 adalah bagi pakej satu roti canai dan teh tarik, manakala pakej makan tengah hari termasuk nasi, sayur, telur dadar, air sirap atau teh ‘O’ ais.Setakat ini, restoran yang terbabit dalam program itu ialah ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India (PRISMA), Persatuan Kedai Kopi Malaysia dan Singapura serta restoran Melayu di bawah koperasi.
Program itu yang bertujuan meringankan beban perbelanjaan harian rakyat akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak serta disasarkan disertai 1,000 premis makanan menjelang akhir tahun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semua restoran yang menyertai program itu akan mempunyai bunting yang dipasang di hadapan kedai masing-masing.
“Kita juga akan memasukkan senarai penuh nama kedai terbabit dalam portal KPDNKK iaitu Portal 1Malaysia Pengguna Bijak.
“Restoran yang mahu menyertai program ini boleh memaklumkankepada kementerian atau Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri supaya kita dapat masukkan dalam senarai serta portal, selain memberi bunting program itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Menu Rakyat 1Malaysia di Restoran ‘Q’ Bistro Nasi Kandar di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe; Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Mohd Zain Mohd Dom; Presiden PRESMA, Noorul Hassan Saul Hameed dan Pengarah Urusan Restoran ‘Q’ Bistro Nasi Kandar, Riyasudin Mohamad Dunkif.
Sementara itu, Noorul Hassan berkata sebanyak 80 restoran milik ahlinya di Lembah Klang juga bercadang memperkenalkan kad diskaun kepada pelanggan mereka.
Pekerja swasta, Shamsul Saban, 35, berkata program memberi banyak memberi manfaat kepada rakyat, terutamanya meringankan beban mereka untuk menjimatkan perbelanjaan.

Haii..bleh thn.
ReplyDelete