‘Harimau Malaya’ Benam ‘Singa’ Malam Ini? | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

‘Harimau Malaya’ Benam ‘Singa’ Malam Ini?

Mungkinkah 'Harimau Malaya' Membenam 'Singa' Malam Ini?





KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal bakal turun menentang Singapura pada perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia di Stadium Jalan Besar malam ini.
Walaupun berdasarkan statistik dan rekod pertemuan lalu, Singapura di bawah bimbingan Radojko Avramovich menjadi pilihan namun mengikut prestasi semasa anak didik Rajagobal mampu melakar kejutan di ‘kandang singa’.
Kemenangan di Kota Singa malam ini, mustahak buat Malaysia sebagai bekalan selesa pada aksi timbal balik di Kuala Lumpur, 28 Julai ini.
Ia juga sekali gus mampu melenyapkan kritikan dan pandangan sinis Avramovich yang memperlekehkan kemampuan Malaysia menjulang trofi Piala AFF Suzuki tahun lalu.
Malaysia layak ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia selepas menyingkirkan Chinese Taipei di pusingan pertama
hanz

hanz

1 comment:

  1. Selamanya Sokong Malaysia ... yeaaahhhhh \o/

    Harimau Malaya Jersey? Follow this link http://cebagoomarket.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related

Powered by Blogger.