Umno-PAS
Umno dan PAS akan meneruskan muzakarah tetapi ia akan dihadkan kepada isu-isu mengenai Islam, kata ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.muhammad muhd taibKatanya, perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - yang juga presiden Umno - telah memberi taklimat mengenai perkara tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini.Menurutnya, perdana menteri telah menegaskan bahawa orang Islam boleh berbeza pendapat mengenai isu-isu politik, tetapi tidak sepatutnya dalam isu agama.
Ditanya mengenai kemungkinan PAS menyertai BN, Muhammad berkata, ia tidak dibincangkan dalam mesyuarat MT hari ini.nik azizSemalam, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong usaha pemimpin tertinggi parti "bersemuka" dengan Umno, termasuk Abdullah, seperti tiga pertemuan sebelumnya.Nik Abdul Aziz, yang menggesa muzakarah PAS-Umno dihentikan kerana bimbang partinya dilihat sebagai "kera sumbang", mengambil sikap terbaru itu selepas pertemuan tertutup dengan beberapa anggota majlis syura ulama, termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Nasharuddin Mat Isa dan timbalan mursyidul am Datuk Dr Harun Din.
Muhammad juga berkata mesyuarat MT selama tiga jam mulai 3 petang tadi juga tidak menyentuh tentang isu peralihan kuasa dan pemilihan parti.Menurutnya, MT hanya membincangkan mengenai cara untuk mengukuhkan Umno.Sebelum ini, dilaporkan bahawa Umno telah menawarkan kepada PAS beberapa jawatan tinggi, termasuk menteri besar, sekiranya parti Islam itu bersetuju menubuhkan kerajaan campuran di Selangor.Sementara itu, para wartawan dan jurugambar hampa apabila tiada sidang akhbar diadakan seperti biasa, selepas mesyuarat MT hari ini.
Jarang sekali pemimpin Umno, khususnya Abdullah, tidak bertemu wartawan setiap kali selesai mesyuarat majlis itu.Kebiasaannya, jika Abdullah tidak menemui wartawan, timbalannya Datuk Seri Najib Razak, atau setiausaha agungnya Datuk Tengku Adnan Mansor, akan berbuat demikian.Mesyuarat hari ini menjadi tumpuan ekoran isu muzakarah PAS-Umno yang hangat diperkatakan sekarang, khususnya dalam kalangan parti Islam dan penyokong Pakatan Rakyat.
Pada jam 6.30 petang, pengawal keselamatan di tingkat 39 bangunan ibu pejabat Umno memberitahu media bahawa tiada sidang akhbar diadakan hari ini.Para pegawai perdana menteri turut mengesahkan bahawa Tengku Adnan memutuskan tidak akan mengadakan sidang akhbar.Manakala sidang akhbar yang dijadualkan selepas lembaga disiplin Umno juga turut dibatalkan.Tiada sebab yang diberikan kecuali satu kenyataan mengenai bidang tugas lembaga disiplin diedarkan kepada pihak media.
No comments:
Post a Comment