Amalan Minum Air Panas Selepas Makan | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Amalan Minum Air Panas Selepas Makan


Minuman Berais



Apa yang korang minum lepas makan tadi? Apa yang korang minum lepas makan semalam? Milo ais? Teh ais? Nescafe ais? Air batu kosong?Tahukah korang betapa air sejuk itu tidak baik untuk kesihatan? Air sejuk yang berais sangat merbahaya. Pengamalnya berisiko tinggi mendapat serangan jantung, walaupun di usia muda.Risiko ini kebiasaannya berlaku dalam jangka masa panjang. Sebab itu, ada yang dah lama mengamalkannya, tetapi tetap sihat dan cergas.

Serangan jantung tidak mengenal tuannya. Ada yang bernasib baik, dan ada yang sebaliknya.
Namun, lebih baik kita berjaga-jaga sebelum terkena. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.Untuk itu, kita dinasihatkan untuk mengamalkan meminum air panas selepas makan.Amalan atau petua ini telah lama diamalkan oleh masyarakat di negara China dan Jepun. Mereka mengamalkan meminum teh panas, bukan teh batu ais macam kita.

Aku tahu, Malaysia ni beriklim panas (dan lembab sepanjang tahun). Aku juga tahu yang negara China dan Jepun itu negara empat musim. Dan aku juga sangat tahu, air sejuk memang best dan menyeronokkan.Paling best yang aku tahu, air sejuk akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Tindakbalas ini akan menyebabkan lemak terbentuk di dalam usus, lantas memperlahankan proses penghadaman.Lama kelamaan, lemak-lemak ini akan menyempitkan saluran-saluran dalam badan kita. Bila dah sempit, mudahlah tersumbat. Bila tersumbat, penyakit pun datang. Bila penyakit dah datang, anda akan menyusahkan diri anda dan orang lain.

Aku sendiri pun dulu suka sangat minum air sejuk. Tapi sekarang, amalan itu terus menjadi sejarah dalam hidupku. Melainkan sekali sekala sahaja dalam keadaan yang tertentu.Semenjak aku mengamalkan minuman panas, tubuh aku rasa segar dan sentiasa sihat. Kalau korang nak sihat, ikutlah amalan aku. Kalau nak sihat lagi kuat dan bertenaga, boleh try kopi Radix panas yang macam dalam iklan TV, mai secawan! :)

Selain air panas, sup panas juga boleh diamalkan. Cuma nasihat aku, jangan minum air panas yang sedang menggelegak. Kang melecur tali perut, aku jugak yang dipersalahkan.Waktu yang paling baik ialah setengah jam selepas makan. Bukan di antara makan, macam yang korang biasa buat (aku tak buat..hihihihi).

Akhir kata, jaga kesihatan, jaga diri, jaga amalan, jaga agama, seiringan. Wallahu a’lam.

hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.