Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding
MALAYSIAKINI -
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baru jika pilihanraya kecil diadakan di situ.
Katanya, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada penyandangnya dari PKR, Zulkifli Nordin.
Mahkamah Pilihanraya akan mendengar petisyen yang dikemukakan oleh calon Barisan Nasional (BN) untuk membatalkan keputusan pilihanraya bagi kerusi tersebut.
Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, Zulkifli telah menyatakan persetujuan untuk memberi laluan kepadanya bertanding di kerusi tersebut.
No comments:
Post a Comment