Anwar-100 Tokoh Paling Berpengaruh
Info Oleh : Malaysiakini 02 Mei 2008
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai seorang daripada 100 tokoh paling berpengaruh di dunia oleh sebuah majalah terkenal.
Keputusan itu dibuat berdasarkan undian secara dalam talian yang diselaraskan oleh majalah mingguan terkenal Time.
Tokoh-tokoh tersebut dibahagikan dalam lima kategori iaitu pemimpin dan revolusioner, hero dan perintis, ahli sains dan pemikir, seniman dan penghibur, serta jurubina dan titan.
Anwar berada di tempat kesembilan dalam kategori yang pertama selepas beberapa calon presiden Amerika Syarikat, Dalai Lama dan George W Bush.
Seratus tokoh paling berpengaruh dipilih daripada lebih 200 tokoh yang dicalonkan.
Dalam majalah itu, Anwar digambarkan sebagai pemimpin Islam yang memperjuangkan sikap toleransi, demokrasi dan hak-hak asasi manusia.
No comments:
Post a Comment