Interview..... | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Interview.....


Bagaimanakah cara menghadiri temuduga kerja?

Andaikan anda telah pun membuat permohonan jawatan kosong di mana-mana organisasi, baik sektor kerajaan mahupun swasta.Katakan anda juga telah pun berjaya mendapat surat panggilan temuduga.

Pertama sekali perlu diingat, setkan dalam minda bahawa anda telah pun berjaya dalam peringkat pertama mengejar karier.Tanpa kejayaan anda di peringkat pertama ini, tidak mungkin akan wujud peringkat kedua. Oleh itu, perjalanan mesti diteruskan.

Sebaik mendapat surat temuduga, buatlah sedikit persiapan sebelum tiba tarikh temuduga.

Kaji latar belakang organisasi yang menawarkan temuduga jawatan kosong kepada anda. Apakah urusan utama organisasi tersebut, berapa lama ditubuhkan, saiz organisasi, kaitan organisasi dengan anda, dan sebagainya.

Buat kajian terperinci tentang jawatan yang ditawarkan. Kenapa jawatan itu diwujudkan, peranan utama jawatan, pengetahuan yang perlu ada untuk mengisi jawatan tersebut, dan mengapa anda rasa anda diperlukan untuk mengisi jawatan tersebut.Kalau dapat, lihat berapa banyak kerusi yang ditawarkan untuk jawatan tersebut, serta berapa ramai calon yang dipanggil untuk temuduga jawatan tersebut.

Kaji juga sejauh mana anda sendiri memerlukan jawatan mahu pun organisasi tersebut. Sejauh mana ia bersesuaian dengan kelulusan anda, dan sejauh mana kelulusan anda bersesuaian dengan jawatan tersebut.

Sekiranya anda berasa selesa setelah menjalani kajian-kajian di atas, besarlah harapan anda untuk berjaya dalam temuduga itu nanti.Sebaliknya jika anda rasa kurang selesa, mungkin anda boleh lupakan temuduga tersebut, melainkan anda memang terdesak untuk meneruskan kehidupan anda sehari hari.

Pada hari temuduga, bangun awal. Banyak perkara yang harus anda lakukan sebelum pergi ke tempat temuduga, dengan tenang dan tidak gopoh gapah.Sebelum subuh, buatlah solat sunat hajat (lepas subuh tak boleh, masa tu tak boleh solat sunat dah). Minta supaya dipermudahkan urusan temuduga anda pada hari tersebut.

Selepas mandi (jangan tak mandi pulak), bagi lelaki, mesti pakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher, tidak kira bagi jawatan apa. Bagi perempuan, pakailah pakaian yang sopan dan semestinya menutup aurat.Tak payah berwangi-wangian, kerana selain berdosa (bagi perempuan), ia juga boleh mengakibatkan markah semasa temuduga anda ditolak sekiranya penemuduga terhidu perfume anda yang tak berapa mahal ittew!

Selepas bersarapan ala kadar, ambil masa baca suratkhabar. Tak payah baca Metro, Kosmo, dan apa-apa tabloid. Baca suratkhabar utama seperti Berita Harian, Utusan, NST, The Star, dan sebagainya.Baca topik-topik semasa, politik, ekonomi, dan isu-isu kerajaan serta berita yang mempunyai kaitan dengan jawatan anda jika ada.

Penemuduga berminat dengan calon yang mempunyai kepekaan dan keprihatinan terhadap alam persekitaran hidup dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran serta politik.Sebelum melangkah meninggalkan rumah, pastikan anda membawa bersama surat panggilan temuduga serta dokumen-dokumen yang diisyaratkan dalam surat panggilan temuduga.

Jangan ada yang tertinggal, kecuali tapak kaki.

Pastikan anda tiba sebelum masa yang ditetapkan. Tenangkan diri dan banyakkan doa tawakkal. Berharap hanya pada Yang Esa.


Akhir kata, selamat menghadiri temuduga. Semoga berjaya!

hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.