Nik Aziz Tegur Media
Gambar Hiasan : Nik Aziz Dan Anwar IbrahimKOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat menegur pengamal media yang memberi liputan keterlaluan dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengaibkannya walaupun belum lagi terbukti bersalah.
Menteri Besar Kelantan itu kecewa dengan keghairahan media yang melaporkan berita penahanan Anwar di muka depan beserta gambar tetapi pembebasan Anwar dengan jaminan polis dilaporkan secara ringkas sahaja.
“Saya nak tanya kenapa nak malukan dia sampai letak muka depan (media)...kena ingat Allah akan tutup aib kita di akhirat kalau kita tutup aib orang lain dan Allah juga akan dedah aib kita kelak kalau kita dedah aib orang di dunia,” katanya semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengamal media bahawa setiap perbuatan itu akan dihitung di akhirat kelak. — Bernama
-Grab Fom Berita Harian-
No comments:
Post a Comment