The Power Of Onion.... | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

The Power Of Onion....

Petua dan Khasiat Bawang

Gambar: Bawang Merah

Selain digunakan sebagai bahan masakan, bawang juga mempunyai banyak kegunaan dan khasiat bagi mengubati pelbagai jenis penyakit. Antaranya :

1. Pening Kepala:

potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.

2. Lemah Otot:

ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.


3. Demam Selsema:

telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.

Gambar: Bawang Putih

4. Susah Hadam:

rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.

5. Serangan Angin:

campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. kacau dan minum campuran itu setiap hari.

6. Serangan Cacing:

amalkam meminum air rebusan bawang merah setiap hari.

hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.