Lt Kol Abdul Aziz, isteri saman Raja Petra RM2 juta
KUALA LUMPUR: Lt Kol Abdul Aziz Buyong dan isterinya, Lt Kol Norhayati Hassan hari ini memfailkan saman fitnah terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin dengan menuntut ganti rugi RM1 juta setiap seorang.
Pasangan itu menyaman pengendali laman web Malaysia Today itu kerana didakwa memfitnah mereka dalam akuan bersumpah berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Writ saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Gan, Rao dan Chuah di Mahkamah Tinggi di sini.
Antara lain, pasangan itu turut memohon injunksi bagi menghalang Raja Petra mengulangi kenyataan berfitnah itu. - Bernama
-Grab from Berita Harian-
No comments:
Post a Comment