P Balasubramaniam
KUALA LUMPUR:
Peguam kepada P Balasubramaniam hari ini dipanggil untuk memberi keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman berhubung dua akuan bersumpah yang dibuat penyiasat persendirian itu pada 1 dan 4 Julai lalu.
M Puravalen tiba di pejabat JSJK, kira-kira jam 9.45 pagi ditemani Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambigaa Sreevenasan, dan beberapa peguam lain, termasuk Sulaiman Abdullah, Stanley Sinappan, Oh Choong Ghee dan Akhbar Hussin.
Mereka keluar dari bangunan berkenaan kira-kira jam 11.20 pagi.
Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambigaa berkata, tindakan polis memanggil peguam untuk direkodkan keterangan tidak sepatutnya berlaku.
-Grab from Berita harian-
No comments:
Post a Comment