15 orang yg berpengaruh (legendary) dan DADAH kegemaran mereka | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

15 orang yg berpengaruh (legendary) dan DADAH kegemaran mereka



Ni kalau baca mcm tak percaya, tapi inilah hakikatnya. Semua orang2 POPULAR kat bawah ni. Anyway, yg baik kita jadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan... 

1. Barack Obama, 44th President of the United States.

Presiden Amerika Syarikat yg terkini, mengaku menggunakan marijuana dan cocaine masa zaman sekolah dan di kolej. Selain beliau, 2 lagi presiden Amerikan yg mengaku pernah mengambil dadah, adalah George W. Bush dan Bill Clinton.



2. Steve Jobs, Entrepreneur (Dead)

Selepas kematian Steve Jobs, banyak dokumen yg diketemukan milik Steve Jobs yg membuktikan bahawa beliau menggunakan LSD dan Cannabis dlm kehidupan beliau. Dengan kata2 beliau sendiri, beliau kata - 'Penggunaan dadah telah memberikan saya satu pengalaman perubahan kehidupan yg positif dan saya gembira (glad) saya telah melalui pengalaman itu.”



3. Carl Sagan, Astrophysicist

Pada tahun 1969, Carl Sagan menulis satu laporan menggunakan nama samaran, yg mana dlm laporan itu, beliau menyokong penggunaan marijuana. Beliau percaya, dadah membantu menimbulkan ketenangan, ketajaman fikiran, sensitiviti dan kemampuan utk bergaul (fellowship), dalam sebuah dunia yg semakin gila dan bahaya. 



4. Sigmund Freud, Father of Psychoanalysis

My fav psychologist of all time. 

Freud adalah salah seorang pengguna cocaine tegar. Beliau percaya bahawa cocaine mempunyai kuasa penyembuh yg berpotensi dan pernah merawat salah seorang kawannya yg ketagihan morphine, dengan cocaine. 



5. Francis Crick, Pioneer of DNA

Mamat ni adalah salah seorang dari team yg menemui DNA, dan semasa beliau menemui DNA tu bersama seorang lagi rakan bernama James Watson, Francis tengah HIGH.  Beliau mengatakan LSD lah yg telah memberikan boost kpd fikirannya. 



6. Kary Mullis, Chemist

Mamat ni pula ialah orang yg bertanggungjawab membolehkan kita membuat beribu2 salinan ke atas satu DNA. Penemuan tu membolehkan beliau memenangi Anugerah Nobel tahun 1993. Kata beliau, semua pencapaiannya tidak akan berlaku sekiranya beliau tidak menggunakan LSD, malah LSD membantunya meningkatkan kreativity. Katanyalah. 



7. Lewis Carroll, Author

Kalau korang pernah tengok cerita Alice in Wonderland, mamat ni la yg menulis BUKU tu, sebelum diadaptasikan ke bentuk filem. Mamat ni kata, dia mengambil dadah semasa menulis buku hebat Alice in Wonderland tu. 



8. Thomas Edison, Inventor

Siapa yg tak kenal Thomas Edison? Ramai org tak tahu bahawa Edison ni menghadapi masalah Insomnia. Ramai yg kata, masalah tu disebabkan oleh pengambilan cocaine.



9. Jules Verne, Author

Inilah penulis novel, Twenty Thousand Leagues Under the Sea. Ramai org percaya bahawa penggunaan cocaine telah membuatkan Jules mampu menulis karya sehebat itu. 



10. Marcus Aurelius, Emperor of Rome 

Aiseh, ini dah dekat2 dgn nama TT, tak boleh jadi ni... 

Anyway, ini adalah orang yg bertanggungjawab membawa Rome ke puncak kegemilangan. Semasa zaman beliau, beliau terang2 menunjukkan habit beliau yg ketagih kpd Opium.



11. The Beatles, Music Legends

Yg ni rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Sepanjang karier mereka, mereka dah mencuba pelbagai jenis dadah yg ada. Pada tahun 2004, Paul McCartney mendedahkan bahawa lagu “Lucy in the Sky with Diamonds” adalah tentang LSD, manakala lagu “Got to Get You Into My Life” adalah tentang pot/weed. 



12. Salvador Dalí, Painter

Siapa tak kenal pelukis ni? Dali kata, “I don’t use drugs. I am drugs.” Pada 1974, dia menerbitkan satu dokumentari bersama pembikin filem bernama José Montes-Baquer, tentang satu ekspedisi palsu ke Mongolia, utk mencari giant magic mushroom. Beliau juga adalah peminat hashish.



13. Richard Branson, Billionaire

Inilah pengasas kpd Virgin Group, dan beliau adalah pengguna dan penyokong marijuana. Dlm satu artikel tentang dadah, beliau memberitahu kerajaan US bahawa kerajaan US patut menghentikan perang ke atas dadah, kerana ia telah memakan kos sebanyak $1 trillion dan memenjarakan 500,000 orang atas kesalahan berkaitan.



14. Michael Bloomberg, Mayor of New York City

Ini adalah Datuk Bandar New York. Bila ditanya, adakah beliau pernah menggunakan marijuana, beliau jawab, “You bet I did. And I enjoyed it.”  



15. Bill Gates, Billionaire

Ada sapa2 tak kenal pencipta Microsoft software ni?  Walaupun beliau tidaklah se'open' seperti Steve Jobs tentang penggunaan dadah, tapi beliau mengaku pernah menggunakan LSD dan marijuana semasa muda dahulu.




hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.