MALAM PERTAMA YANG MEMALUKAN UNTUK WANITA | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

MALAM PERTAMA YANG MEMALUKAN UNTUK WANITA




Kepada pembaca wanita yang akan berkahwin tidak lama lagi, ambil masa anda selama 5 minit untuk membaca artikel ini sebagai panduan kerana ada beberapa perkara sebagai panduan boleh menyelamatkan malam pertama yang dinantikan selama ini.  

Buat persediaan mulai sekarang seperti merawat bau badan, scaling gigi yang banyak karat dan memutihkan gigi yang kosnya agak tinggi lebihkurang RM600. Riaskan kuku yang tidak elok. Tapi janganlah dicukurkan bulu kening sebab hukumnya tetap haram walaupun mendapat kebenaran dari ibubapa atau bakal suami.

Malam pertama adalah detik yang paling mendebarkan dalam hidup seorang gadis yang baru melangsungkan perkahwinan. Apatah lagi jika pekahwinan tersebut diatur keluarga dan bukan atas dasar cinta. Pastinya dia berasa begitu canggung dan malu lebih-lebih lagi apabila hanya berdua besama pasangan di kamar beradu. Tambah membuatkan dada bergetar hebat apabila secara tiba-tiba menerima sentuhan luar biasa sebelum adegan seterusnya berlangsung.

Tanpa sebarang ilmu apatah lagi pengalaman bersama perasaan ngeri pasti menyelubungi diri. Meskipun begitu, anda tidak boleh lari daripada berhadapan dengan situasi berkenaan. Apa yang penting jangan sekali-kali melakukan sesuatu yang boleh memalukan diri sendiri. Perkara berikut mungkin secara tidak sengaja akan berlaku. Bagaimanapun, cuba sebaik mungkin untuk menghalang daripada berlaku. Untuk pengetahuan anda, berikut adalah empat perkara memalukan yang biasa dilakukan oleh wanita sewaktu Malam Pertama,

PERKARA-PERKARA YANG MEMALUKAN. SILA BERI PERHATIAN!

1. Bau “Miss V” Yang Tidak Menyenangkan

Anda Pastinya pernah mendengar kata-kata lucu tentang alat kelamin berbau seperti ikan. Secara tidak langsung, anda turut bertanya kepada diri sendiri adakah Miss V anda berbau seperti itu? Apa yang pasti, meskipun tubuh sihat, namun masih mengeluarkan bau. Bau tersebut adalah hormon pheromenes anda. Percaya atau tidak, hormon tersebutlah yang menjadikan anda menarik di mata pasangan.

Menurut Pakar Psikoterapi yang juga merupakan penulis The Unofficial Guide to Dating Again, Dr Tina Tessina, bau vagina akan semakin kuat apabila berlaku jangkitan kulat. Bagaimanapun, sekiranya anda menjaga kebersihan dan kesihatan alat sulit, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Malah, pasangan yang berhubungan intim bersama anda akan terbiasa dengan aroma semulajadi ini bahkan tidak mustahil jika ia juga mampu membuatkan pasangan untuk turn on bersama anda.

2. Takut Geli Saat Dirangsangkan

Saat pertama kali disentuh pasangan, perasaan takut pada kesakitan dan khuatir vagina tidak mampu menampung ukuran saiz zakar ketika ereksi begitu menggerunkan. Rasa sakit sewaktu berhubungan intim biasanya terjadi disebabkan vagina wanita masih terlaku ketat untuk menerima penetrasi. Sebaiknya jangan malukan diri sendiri dengan jeritan kecil atau tangisan anda.

Dalam situasi lain, ransangan daripada pasangan turut membuatkan wanita berasa geli dan kemudian ketawa terkekek kekek. Menurut penulis buku berjudul Because It Feels Good: A women’s Guide to Sexual Pleasure and Satisfaction, Dr Debby Herbenick, jangan biarkan situasi memalukan seperti ini terjadi. Ini kerana ia bakal membuatkan mood bercinta pasangan surut secara tiba-tiba. Sekiranya berasa geli, jangan malu untuk meminta pada pasangan untuk memberi sentuhan lembut berbanding sentuhan ringan yang mampu memicu perasaan geli.

3. Buang Gas Saat Berhubungan Intim

Perlakuan ini memang sangat memalukan. Bagaimanapun, berdasarkan kajian rata-rata wanita membuang gas sebanyak 14 kali dalam sejam sehari. Menurut Dr Tina Tessina, wanita boleh membuang gas , sendawa atau kentut vagina yang berlaku saat udara terperangkap di dalam vagina selama berlangsungnya hubungan intim.

Untuk mengelakkan kejadian tersebut, anda boleh mengambil inisiatif dengan mengelakkan mengambil makanan yang mengandungi gas sebelum mengadakan hubungan intim atau mengambil ubat anti gas. Bagi mengawal keadaan, tidak salahnya kiranya anda berusaha mencipta suasana lucu dan pastinya si dia akan ketawa. Secara tidak langsung, hubungan anda berdua akan semakin dekat.

4. Lampu Dimatikan

Tidur dalam keadaan lampu terpasang atau tidak, bergantung pada keselesaan setiap individu. Sekiranya anda lebih selesa berhubungan intim di dalam keadaan gelap, anda sebenarnya tidak sendirian. Ini kerana realitinya wanita kurang berkeyakinan saat pasangan melihatnya  dalam keadaan tanpa seurat benang. Bagaimanapun, apa yang melucukan menurut Dr Debby Herbenick, kebanyakan lelaki sebenarnya lebih gemar melihat pasangan tampil dalam keadaan tidak berbaju sehingga jelas memperlihatkan stretch mark, selulit atau sebagainya di hadapan mereka. Tambahan pula, daya imiginasi mereka cukup hebat lebih-lebih lagi dalam perkara yang berkaitan tubuh wanita dan gaya hubungan intim.

Sebenarnya, berhubungan intim dalam keadaan lampu dimatikan, menurunkan kepuasan lelaki dalam seks. Bagi yang tidak biasa, cubalah manfaatkan cahaya lilin atau sebuah lampu tidur di kamar beradu anda. Dalam hal ini, cubalah untuk tidak memalukan diri anda sendiri dengan pengetahuan cetek mengenai kegemaran pasangan sewaktu bersama.

Sumber: http://tanyalelaki.com
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.