SMS cacamerba selamatkan Naim | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

SMS cacamerba selamatkan Naim


SHAH ALAM – Seorang remaja terselamat daripada menjadi mangsa kepada ejen palsu bagi pengambilan pelajar baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas dia menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengelirukan.

Muhammad Naim Hilmi, 18, berkata, SMS tersebut (gambar) memaklumkan bahawa dia terpilih untuk melanjutkan pengajian di UiTM dan memintanya menghubungi seorang wanita bernama Riena secepat mungkin.

SMS ejen palsu yang menawarkan kemasukan ke UiTM kepada Muhammad Naim.

Menurutnya, kandungan SMS terbabit terlalu ringkas dengan susunan ayat serta ejaan perkataan menggunakan singkatan juga menyebabkannya dia berasa was-was.

“Tengok sahaja singkatan yang digunakan seperti perkataan kemasukan ditulis ‘kemskan’ dan mesti hanya ‘mst’ membuatkan saya sudah syak ia satu penipuan.

“Daripada situ, bapa saya mula rasa tidak sedap hati kerana berasa pelik apabila tawaran diterima tanpa sebarang pengkhususan program yang akan diikuti,” jelasnya kepada Kosmo! Ahad di kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya semalam


HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
hanz

hanz

3 comments:

Related

Powered by Blogger.