Berasmara Dengan Jiran Dari Umur 14..Klimaks Asmara Sampai 2 Jam | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Berasmara Dengan Jiran Dari Umur 14..Klimaks Asmara Sampai 2 Jam


LOS ANGELES: Di sebalik pengakuan salah dan insaf serta permohonan maaf Tiger Woods, rupa-rupanya masih ada yang belum beres dalam siri kecurangan seksualnya.

Semalam, sumber mendedahkan, selain pelakon porno, bintang golf itu rupa-rupanya turut menjadikan seorang wanita muda - yang dikenalinya sejak berusia 14 tahun - sebagai mangsa.


Lebih mengejutkan, wanita terbabit, Rachael Coudriet, tinggal di kawasan eksklusif di Isleworth, Orlando, tempat sama menjadi lokasi rumah Woods.


Apabila Woods pulang daripada menyertai pertandingan Masters di Augusta hari ini, dia boleh menjangkakan keadaan bakal haru-biru.


Pertama, dia perlu berdepan dengan isterinya, Elin Nordegren, dan kedua, terpaksa pula menghadapi kemarahan bapa Rachael, Ray Coudriet.


Racheal, 22, kini menjadi mangsa termuda pernah ditiduri Woods.

Semalam, sumber berkata, Woods tentu menyangka masalahnya selesai dengan pengakuan salah serta kesediaannya mengikuti terapi merawat ketagihan seks.


“Namun, cerita mengenai Rachael mengejutkan komuniti di sini,” katanya.


Sumber itu berkata, Ray - bekas anggota tentera marin yang kini memiliki syarikat pembinaan berjaya - bertegas mahu bersemuka bagi mendapatkan penjelasan daripada Woods atas kelakuan ‘terlampau’ itu.

Katanya, anggota keluarga Rachael juga tidak percaya Woods tergamak meniduri saudara mereka.


Sementara itu, bercakap melalui pihak ketiga, Rachael berkata, kekagumannya terhadap Woods sampai ke kemuncak apabila mereka berasmara selama dua jam di pejabat peribadi atlit bilionair itu, 11 bulan lalu.


Sumber lain berkata, mereka bertemu berpuluh kali sejak setahun dua ini.


“Woods sering bertemu dan berseronok dengan Rachael di rumah kelab, kolam renang dan gimnasium di kawasan kediaman mereka.


“Tiada siapa menyangka apa sebenarnya berlaku di antara kedua-dua mereka,” katanya. - Agensi



HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.