Bapa Dang Suria meninggal dunia | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Bapa Dang Suria meninggal dunia



PETALING JAYA 22 April - Bapa pengacara televisyen, Dang Suria meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini awal pagi ini.

Allahyarham Zainurdin Ismail, 72, menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga.

Dang Suria ketika ditemui pemberita berkata, bapanya telah dimasukkan ke PPUM kira-kira dua bulan lalu kerana mengalami ketumbuhan di dalam kepala.

Tambah Dang Suria, ketika menerima rawatan di PPUM, bapanya itu turut bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

"Sepanjang hayatnya, abah seorang yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit seperti darah tinggi mahupun kencing manis.

"Doktor ada memberitahu abah dijangka pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan namun, belum sempat membuat pembedahan abah telah pergi dahulu," katanya di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham Zainurdin dibawa pulang ke rumah seorang lagi anaknya di Kota Damansara sebelum disembahyangkan di Masjid Seksyen 5 Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara.

HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.