Hartawan Arab Saudi Tunjuk Kekayaan Range Rover Dicat Emas | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Hartawan Arab Saudi Tunjuk Kekayaan Range Rover Dicat Emas




LONDON – Kerana terlalu kaya, seorang hartawan dari Arab Saudi tidak kisah menghabiskan kekayaannya itu hanya untuk sebuah kereta.

Dia menunjukkan kekayaannya dengan menerbangkan sebuah kereta Range Rover yang dicat dengan emas dan bernilai RM800,000 dari Arab Saudi dan diletakkan di luar hotel Wellesley di Knightsbridge.

Kereta terbabit mempunyai plat pendaftaran 666 dan dibawa khas dari negaranya untuk kegunaan hartawan berkenaan sepanjang percutiannya.

Salah seorang penduduk tempatan berkata, kereta Range Rovers yang lain kelihatan normal namun kereta milik hartawan Arab Saudi itu memang sesuatu yang berlainan.

“Anda tidak boleh melepaskannya. Ia memang menakjudkan dan pemiliknya memang seorang yang kaya apabila memutuskan untuk mengecat kereta itu dengan warna emas.

“Tetapi saya rasa ia tidak akan menang anugerah kereta paling bergaya,’’ katanya.

Also See and Read This : READ MORE
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.