Lokasi Ujibakat Program Realiti Terbaru Dari TVALHIJRAH - SOLEHAH | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Lokasi Ujibakat Program Realiti Terbaru Dari TVALHIJRAH - SOLEHAH


Merujuk kembali kepada sidang akhbar pengumuman program SOLEHAH ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir B, Hj. Baharom dirakamkan berkata,“SOLEHAH merupakan sebuah program realiti yang berusaha mencari pendakwah wanita. Disamping mempunyai ciri keibuan, mereka yang terpilih adalah merupakan seorang pemidato yang baik serta berupaya menyampaikan ilmu di dada dengan berkesan kepada masyarakat.”
Jika dilihat kepada kecenderungan penerbitan program realiti televisyen pada waktu ini, bilangan program realiti berkisar tentang wanita dan agama agak kecil jumlahnya berbanding program realiti sedia ada. Kewujudan SOLEHAH dijangka mampu menjadi program pendidikan Islam tidak formal yang mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita terhadap agama, bangsa dan negara.
Pada setiap sesi uji bakat yang bakal dijalankan, keupayaan peserta akan diukur melalui beberapa aspek. Antara ujian saringan yang bakal ditempuh adalah seperti ujian penguasaan ilmu agama, ujian penguasaan bahasa, ujian bakat serta kebolehan, ujian kepimpinan dan kekeluargaan dan tidak lupa juga penilaian aspek penampilan diri. Ini bertujuan untuk menyenarai pendek 10 peserta terbaik yang akan terpilih sebagai peserta.
Calon yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah haruslah memenuhi kriteria-kriteria berikut;
  • Wanita Islam berumur 20-30 tahun
  • Mempunyai pengetahuan Islam yang baik
  • Berupaya menyampaikan dakwah secara lisan atau tulisan
  • Berupaya memimpin perbincangan dan mesra kamera
  • Mempunyai daya tahan fizikal dan mental
      Masa dan tempat seperti ketetapan berikut;


      Lokasi
      TarikhWilayahNegeri
      18 – 19 JUN 2011TENGAHSELANGOR / KUALA LUMPUR
      TV ALHIJRAH
      25-26 JUN 2011UTARAKEDAH DEWAN SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH
      KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH, (KUIN)
      1-2 JULAI 2011TIMURKELANTAN
      AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA (UM), NILAM PURI, KOTA BHARU, KELANTAN
      2-3 JULAI 2011TIMURTERENGGANU
      AUDITORIUM BANGUNAN AKEDEMIK UNISZA KAMPUS GONG BADAK (UNISZA),
      UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
      9-10 JULAI 2011SELATANPAHANG
      KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH
      DEWAN UTAMA, KOLEJ ISLAM PAHANG
      (KIPSAS)
      16-17 JULAI 2011JOHOR
      KOMPLEKS ISLAM JOHOR
      DEWAN BESAR PUSAT ISLAM ISKANDAR JOHOR
      JOHOR BAHARU
      23-24 JULAI 2011BARATKOTA KINABALU, SABAH
      GALERI ARAS 3, BANGUNAN CHANSELORI UMS
      UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)




      * Sila bawa bersama latar belakang keluarga, akademik, pendidikan, pekerjaan serta sekeping gambar bersaiz 4R.
        Untuk maklumat lanjut hubungi talian 03-22601677 sambungan 206/245/247 atau solehah@tvalhijrah.com

        hanz

        hanz

        No comments:

        Post a Comment

        Related

        Powered by Blogger.