(TAHNIAH) Ngangkung nama pelik tapi dah kaut RM3.2 juta | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

(TAHNIAH) Ngangkung nama pelik tapi dah kaut RM3.2 juta






Filem Ngangkung telah mencatat RM3.2 juta untuk 6 hari tayangannya, jauh berbeza dengan tiga filem lain yang ditayangkan sepanjang November. Kutipan bagi tiga filem yang ditayangkan di pawagam sepanjang bulan ini kurang memberangsangkan apabila Estet yang diramalkan menang besar di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) hanya mencatat RM350,000 diikuti Krayon (RM30,000) dan 2 Alam (RM230,000) pada minggu pertama tayangan.

lagi......



Bagaimanapun, sinar baru mula diberikan filem Ngangkung yang ditayangkan sejak 25 November lalu apabila mencatat kutipan RM3.2 juta untuk tempoh enam hari tayangan. Lebih membanggakan, filem ke-42 terbitan MIG Productions Sdn Bhd ini dikatakan bakal mengatasi rekod filem paling tinggi kutipannya setakat ini, Adnan Sempit (RM7.8 juta) juga terbitan MIG yang ditayangkan pada Januari lalu dengan kutipan RM500,000 sehari dan RM1.5 juta untuk hari Sabtu dan Ahad.



Sinopsis...
"Ngangkung merupakan perbuatan memuja nombor ekor sambil bercangkung. Kami percaya perkara ini walaupun tidak banyak tetapi merupakan realiti kepada mereka yang hidup di kalangan medium berpendapatan rendah

Ngangkung melatari kisah seorang pemandu lori, Azim yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri dan anak perempuannya. Dua sahabat baiknya ialah Tasnim dan Wan yang merupakan kaki ekor.

Tabiat serta aktiviti Tasnim dan Wan memang diketahui oleh isteri masing-masing. Azim pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti mereka tetapi akhirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup.

Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.

Bermula dengan hanya melihat, semakin hari Azim semakin seronok menyertai aktiviti dua rakannya itu secara senyap tanpa pengetahuan Suri.

Pelbagai cara serta bermacam jenis bomoh yang mereka temui semata-mata untuk mendapatkan nombor yang perlu dibeli dan dalam masa yang sama, pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.

Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor.

Begitu juga dengan kehidupan Tasnim dan Wan, sehinggakan suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka.



hanz

hanz

1 comment:

  1. citer nie bagi aku sangat best!!!!! tapi ada kawan2 yang pi kata NAPER PELIK SANGAT TASTE KO??? TAK BEST PUN...... sob sob!!! apapun, aku tetap rasa ia best!!!

    ReplyDelete

Related

Powered by Blogger.