Ida Nerina akhirnya bercerai juga dengan suami
Ida Nerina dan suami, Shahrin sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada Isnin (13/12). Sumber memberitahu, perceraian dibuat selepas pasangan tersebut mencapai persetujuan untuk meleraikan ikatan perkahwinan yang terjalin selama empat tahun secara baik. Shahrin melafazkan cerai dengan talak satu pada pukul 10 pagi, Isnin pada prosiding mahkamah yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi.
Permohonan perceraian tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Sumber itu juga memberitahu, Ida Nerina bersetuju menerima nafkah edah RM1,000 sebulan untuk tiga bulan dan nafkah mutaah RM10,000 daripada Shahrin. -mStar
No comments:
Post a Comment