Lisa Surihani cakap kurang sopan | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Lisa Surihani cakap kurang sopan



Terkejut juga apabila mendengar pelakon manis, Lisa Surihani yang menyebut satu perkataan yang agak kurang manis bunyinya pada siaran langsung program Mari Menari beberapa minggu lepas. Mungkin ribuan ibu dan bapa yang menonton program ini di studio mahupun di rumah terkesima apabila mendengar Lisa menyebut perkataan tersebut.


Bagi yang terlepas menonton siaran langsung tersebut, Lisa telah menyebut perkataan 'Gila Babi' sewaktu mengacarakan program ini. Walaupun ia bukanlah dikategorikan ayat mencarut, tapi mengikut fahaman umum, ayat ini tidak sesuai digunakan dalam bahasa pengacaraan TV.

Yang penting, Lisa perlulah lebih berhati-hati selepas ini dalam menggunakan bahasa. Mungkin Lisa tiada berniat untuk menggunakan perkataan tersebut, tapi ia sedikit sebanyak mampu mencalar imej Lisa yang sentiasa kelihatan sopan dan disukai ramai. -Murai
hanz

hanz

4 comments:

  1. erm, rasanya xde pape sgt kot..lisa pun manusia biasa jugak..hehe

    ReplyDelete
  2. ishh besela tu..kalo lisa yg cakap mano dtg kurang sopan nyo..smuonyo ok jo kalo bab lisa ni ha

    ReplyDelete
  3. remind me : LAMANYA TAK TENGOK MARI MENARI!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. i pun dengar lisa sebut perkataan tu.. tapi biasa la.. disebabkan lisa yang sebut. semua kata okey je kan.. cuba kalau fasha yang cakap... harus siap kena terjah dek melodi kan.. hehehe...

    ReplyDelete

Related

Powered by Blogger.