Camelia selamat melahirkan anak? | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Camelia selamat melahirkan anak?

Siapa tidak kenal dengan penyanyi jelita kelahiran Kuching, Sarawak, Dayang Noor Camelia Abang Khalid. Sejak album terakhirnya kira-kira tiga tahun lalu, namanya terus senyap dan sukar dihubungi mana-mana media/wartawan. Kini ada berita terbaru mengenai Camelia, daripada sumber yang rapat dengan keluarga Camelia, dengarnya penyanyi itu menimang cahaya mata perempuan yang dilahirkan minggu lalu. Nak sahkan lagi, sumber ini dapat daripada seorang jururawat sebuah hospital swasta di PJ. Memang katanya, penyanyi itu selamat bersalin.



Dengar cerita lagi daripada seorang sumber terdekat, Camelia terus mendapatkan khidmat jururawat di situ untuk menjaga bayi comelnya serta kesihatannya sendiri. Naluri keibuan yang begitu terserlah daripada Camelia. Berita ini masih belum ada kesahihahn daripada empunya badan, tapi apa2pun, tahniah kerana kini bergelar ibu dan semoga Camelia kembali mewarnai pentas seni tanah air! -HMetro
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.