Rozita Che Wan sudah tak tahan | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Rozita Che Wan sudah tak tahan


Dramatis jelita kecewa dengan tohmahan, nekad bersara pada 2011


JENUH selama empat tahun ini cuping telinganya menahan asakan tohmahan serta kata fitnah yang acap membuat hati wanitanya tersentuh dan terguris.

Hamburan kata yang meletakkan dirinya umpama boneka yang tidak mempunyai perasaan, membuatkan aktres jelita, Rozita Che Wan ingin meletakkan noktah kepada semua itu.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini berkata, sebagai manusia tahap kesabarannya mempunyai batas. Selama ini dia cuba mempertahankannya.

Entah kenapa, sejak menganjak usia 37 tahun pada 9 Mac lalu, Rozita bagaikan tidak terbendung lagi menahan asakan kontroversi yang seolah-oleh tidak berpenghujung.

Lantas untuk menutup segala kekalutan itu, Rozita bertekad mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan pada tahun depan.

Berulang dia mengulangi pendiriannya itu, malah Rozita tidak kesal apabila memilih untuk bersara ketika namanya sedang di puncak.
Rozita berkata, cukup sudah masyarakat memandang serong setiap langkahnya selama empat tahun bergelar artis dan selepas ini dia ingin mencari kedamaian dengan caranya sendiri.

“Saya sudah tidak sanggup lagi. Terlalu banyak cerita tidak betul bertebaran hingga mengalihkan perhatian masyarakat kepada kerjaya saya.

“Semua kontroversi itu menampakkan saya begitu buruk di mata masyarakat. Bayangkan orang yang saya tidak kenal, bercakap apatah lagi pun turut digosipkan dengan saya. Apa semua ini?

“Akhirnya masyarakat keliru dan menuduh saya kemaruk publisiti hingga sanggup menjaja cerita peribadi. Tuduhan itu cukup menghiris hati.

Apakah selama empat tahun mengerah keringat di lokasi penggambaran, saya tidak menyumbang sesuatu kepada industri hiburan,” tanya Rozita ketika dihubungi sedang berkemas sebelum berlepas ke Makkah untuk mengerjakan umrah.

Sambung Rozita, penerimaan tidak serius sesetengah kelompok masyarakat terhadap bakatnya membuatkan dia kecewa dan berjauh hati.

Akuinya berterus terang, dia terkilan apabila berterusan diasak dengan kritikan yang seolah ingin menjatuhkan dirinya.

Ditambah pandangan masyarakat yang menyelar membuta-tuli mengenai keterbukaannya dalam berbicara soal cinta, menerbitkan perasaan kan kesal di hati Rozita.

Ini kerana, katanya, masyarakat terlalu pantas menjatuhkan hukuman sedangkan tidak semua yang dipaparkan itu benar.

“Jika diberi pilihan memang saya cuba mengelak daripada terus berbicara mengenai soal hati. Saya juga ada keluarga yang perlu dijaga hati mereka tetapi apabila berterusan diasak begini, saya tertanya sendiri di mana noktah semua ini?

“Sabar saya ada batasnya. Mungkin ini (meninggalkan dunia lakonan) adalah pilihan terbaik untuk saya, apatah lagi sejak empat tahun ini saya jarang berpeluang mendapat rehat yang panjang,” katanya.

Ibu tunggal dua cahaya mata ini berkata, dia sedang menimbang keputusan itu semasak-masaknya sebelum bersedia menarik diri sepenuhnya daripada dunia lakonan tahun depan.

Ketika ini, jadual lakonannya sendat sehingga Julai 2010 malah sehari selepas pulang dari mengerjakan umrah pada 8 Mei ini, dia akan kembali bergegas ke lokasi penggambaran sebuah telefilem.

“Sementara masih ada waktu, saya akan berlakon sepuasnya untuk kumpul duit. Tetapi itu tidak bermakna selepas bersara saya masih tidak mahu berlakon.

“Saya tetap akan berlakon tetapi hanya untuk drama bersiri yang disambung musim terbaru. Tidak sampai hati pula saya menghampakan produksi sebelum ini,” katanya.

Disogok pertanyaan, tidakkah dia kesal mengambil keputusan itu, Rozita berkata, sepanjang empat tahun menjadi anak seni dia tidak pernah meletakkan cita-cita terlalu tinggi.

Biarpun tidak semua yang diimpikan menjadi kenyataan, Rozita berkata, dia mampu berbangga kerana sekurang-kurangnya namanya pernah membolosi top 5 beberapa anugerah.

“Alhamdulillah kerana walaupun tewas, masih ada segelintir penggiat seni serta masyarakat yang menghargai serta melihat hasil kerja saya,” katanya yang baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri, Kiah Pekasam.

Sambung Rozita dalam nada penuh bermakna, pengundurannya tidak akan memalapkan industri hiburan kerana dunia lakonan mempunyai pelapis yang hebat untuk menggantikan dirinya.

Dilamun cinta jejaka berusia 34 tahun

DALAM sela bicara dengan wartawan, Rozita tidak menafikan pengundurannya daripada dunia lakonan selain kerana usia yang semakin meningkat juga didorong keinginannya untuk kembali berumahtangga.

Akuinya jujur, kekosongan hatinya kini diisi oleh seorang jejaka berusia 34 tahun yang berkhidmat dalam bidang kewangan tetapi bertugas di luar negara.

Rozita juga mengakui, mereka pernah menjalin percintaan ketika dia mula menceburi dunia lakonan bagaimanapun, ia tidak bertahan lama apabila masing-masing membawa haluan sendiri.

Namun, ikatan hati mereka kembali teguh apabila bertemu pada hari ulang tahun sambutan kelahiran Rozita, awal Mac lalu.

Pertemuan itu tanpa disangka memutikkan semula cinta mereka berdua dan akui Rozita, dia tertarik dengan pemuda berwajah iras lelaki Pakistan itu yang begitu memahami dirinya.

“Dia lelaki baik dan menerima diri saya seadanya. Dia juga tidak kisah dengan gosip yang diperkatakan mengenai diri saya kerana katanya, dia lebih kenal siapa saya berbanding apa yang pernah didengarnya. Dia tidak pernah memaksa saya untuk meninggalkan dunia lakonan, sebaliknya bertanya pula apakah saya sanggup melupakan bidang glamour ini? Dia seorang lelaki yang romantik dan sering melakukan perkara yang saya sukai. Harapnya sikap itu akan berterusan dan bukan hanya kerana mahu memikat saya,” katanya sesekali berlucu.

Akur Rozita, dia sendiri belum pasti bagaimana penerimaan keluarga jejaka itu terhadap dirinya apatah lagi dengan gelaran ibu tunggal dua cahaya mata yang disandangnya ketika ini.

Cuma, kata Rozita, dia berharap hubungan mereka akan berakhir dengan sesuatu yang manis kerana sudah penat
melayan ragam dan kerenah industri hiburan.

HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.