Koperal didakwa sebabkan kematian Aminulrasyid | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Koperal didakwa sebabkan kematian Aminulrasyid




HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc

JENAIN (tengah) dikawal ketat oleh anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.

SHAH ALAM - Genap dua minggu selepas remaja Aminulrasyid Amzah maut akibat terkena tembakan, seorang anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kematian remaja berusia 15 tahun itu pada 26 April lalu.

Tertuduh, Jenain Subi, 48, dari suku kaum Bajau dari Sabah bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M. Gunalan.

Jenain yang bertugas di cawangan kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, sebelum prosiding bermula, isteri Jenain yang merupakan seorang guru masuk ke kamar mahkamah. Dia dilihat bersalaman dan mencium tangan suaminya yang kelihatan murung.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar menawarkan jaminan RM35,000 dengan satu penjamin kepada tertuduh.

Bagaimanapun, peguam bela, Salim Bashir yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya dibebaskan dengan ikat jamin yang rendah dengan mengambil kira pendapatan tertuduh iaitu sekitar RM3,000 sebulan.

"Isterinya merupakan seorang guru dengan pendapatan RM1,800 sebulan dan tertuduh juga mempunyai anak-anak yang masih kecil," ujarnya.

Mohd. Dusuki kemudian bangkit memaklumkan beliau masih mengekalkan jumlah jaminan yang ditawarkan ekoran pertuduhan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun adalah satu kesalahan yang serius.

Selepas meneliti hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, Gunalan menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan kes disebut semula pada 10 Jun ini.
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.