Siapakah juara Sehati Berdansa 3 pilihan anda? | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Siapakah juara Sehati Berdansa 3 pilihan anda?



Sehati Berdansa untuk musim ke-3 sudahpun sampai ke kemuncaknya dan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi pentas akhir yang dijadualkan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Sabtu, 26 Disember ini akan digegarkan.

Korang pun pastinya sudah tahu dua pasangan yang layak ke peringkat akhir yang akan merebut takhta sebagai raja dan ratu Sehati Berdansa musim ke-3 ini kan. Mereka ialah pasangan Sein & Nana dan juga Sazzy & Nazril.

So sebelum pentas akhir Sehati Berdansa musim ke-3 ini bermula, apa kata korang vote pasangan manakah yang korang rasa layak untuk dinobatkan sebagai juara kerana kami percaya korang adalah juri yang sungguh bijaksana. Hee..


Apa-apa pun, kalau korang nak ngundi pasangan kesayangan korang supaya mereka boleh bergelar juara untuk Sehati Berdansa musim ke-3 ini, korang kenalah follow bebetul arahan seperti yang kami catatkan kat bawah ni:

Mengundi untuk Sazzy & Nazril

SMS: Taip DANSA10 SAZZY ke 32999
Talian Tetap: Dail 13730 untuk 10 undian & Tekan 8
Tekan Butang R di Astro RIA, pilih SAZZY

Mengundi untuk Sein & Nana

SMS: Taip DANSA10 SEIN ke 32999
Talian Tetap: Dail 13730 Untuk 10 Undian & Tekan 9
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih SEIN

*Caj tertakluk pada Astro dan Telco yang korang gunakan


HOT SITE --> http://www.schoolloansconsolidation.co.cc
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.