Saya diliwat tanpa rela - Saiful | - Blog Hanz -
Breaking News
recent

Saya diliwat tanpa rela - Saiful



15/08/2008 9:01pm

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan menegaskan, beliau tidak rela sama sekali ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya pada 26 Jun lalu.

Beliau yang bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan kira-kira pukul 6.30 petang ini bagi membuktikan dakwaannya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata:

“Ini dilakukan tanpa kerelaan saya. Saya tegaskan di sini, perkara ini (diliwat) berlaku tanpa kerelaan.”

Ditanya adakah Anwar orang pertama meliwat beliau, beliau menjawab:

“Ya. Ini (kejadian liwat) kali pertama.”

Mohd. Saiful memberitahu, beliau bersyukur dan berasa sangat lega selepas melakukan upacara bersumpah laknat hari ini dan buat pertama kali beliau mampu memberanikan diri berdepan dengan para wartawan dalam sidang media itu.

Pada masa yang sama, beliau mencabar Anwar untuk turut bersumpah mengikut cara Islam.

“Saya mencabar Anwar bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam, dengan melakukannya di masjid dan disaksikan oleh para ulama, mufti dan juga disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi menafikan dakwaan saya adalah tidak benar.”

– Grab From Utusan -
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.