| - Blog Hanz -
Breaking News
recent

HARAPAN PINGAT...


Lee Chong Wei menjerit kegembiraan sebaik menewaskan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 21-9, 21-11 pada peringkat suku akhir yang berlangsung di Gimnasium Universiti Teknologi Beijing, semalam. – AFP


Hanya tinggal Lee Chong Wei menjadi pertaruhan terbaik negara untuk meraih pingat pertama setakat ini selepas pemain kelahiran Pulau Pinang itu berjaya melayakkan diri ke separuh akhir acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik.

Namun tugas berat menanti pemain nombor dunia itu apabila bakal bertemu pemain Korea Selatan, Lee Hyun-il pada pukul 6.30 petang hari ini untuk layak ke perlawanan akhir.

Rekod kedua-dua pemain ini adalah 5-5 daripada 10 pertemuan Siri Super sebelum ini namun Hyun-il memiliki kelebihan moral kerana menang perlawanan terakhir mereka pada Terbuka Korea, Januari lalu.

Chong Wei mara ke final, buru emas pertama negara

KUALA LUMPUR: Sinar emas negara semakin berkilau apabila pemain perseorangan negara, Lee Chong Wei menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun-il dengan 21-18, 13-21, 21-13 pada separuh akhir badminton Sukan Olimpik Beijing.

Dia akan beraksi di final Ahad ini untuk melakar sejarah yang bakal menghadiahkan pingat emas pertama negara dalam temasya Olimpik.

-Grab From Utusan-
hanz

hanz

No comments:

Post a Comment

Related

Powered by Blogger.