Suhu paling rendah pernah dicatatkan adalah -71.2 darjah selsius pada tahun 1924, Oymyakon, sememangnya layak digelar perkampungan paling sejuk di dunia.
Walaupun digelar kampung paling sejuk di dunia, Oymyakon sebenarnya membawa maksud air tidak membeku.
Nama itu diambil sempena kewujudan sebuah mata air panas suatu ketika dahulu dikawasan tersebut.
Walaupun hidup dalam suhu yang sangat sejuk, mereka tidak menghadapi sebarang masalah dalam kekurangan nutrien.
Susu lembu, ikan air sejuk, rusa kutub dan kuda, merupakan sumber makanan utama penduduk disitu.
Dikhabarkan, jumlah penduduk yang tinggal di Oymyakon hanyalah sekitar 500 orang.
Bagi menyara hidup, penduduk Oymyakon melakukan pekerjaan seperti menternak haiwan, memburu dan menjadi nelayan.
Dan walaupun tinggal diperkampungan paling sejuk di dunia, kebanyakan penduduk memiliki tandas di luar rumah.
Penduduk Oymyakon hanya mengalami tiga jam waktu siang ketika musim sejuk. Keadaan ini berbeza ketika musim panas. Waktu siang lebih lama iaitu sekitar 21 jam. Suhu pada musim panas hanyalah 30 darjah selsius.
Sementara itu, ketika musim sejuk, enjin kenderaan terpaksa dihidupkan semalaman. Ini kerana enjin kenderaan akan rosak akibat membeku kerana cuaca sejuk melampau.
Walau bagaimanapun, bukanlah semua kenderaan perlu dihidupkan sepanjang masa. Ianya bagi kenderaan yang tidak disimpan didalam garaj sahaja.
Selain itu, masalah utama lain berlaku apabila berlakunya kematian. Mereka memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari untuk menyelesaikan urusan pengebumian.
Tugas pertama yang perlu dilakukan adalah menyalakan unggun api untuk mencairkan tanah supaya mudah digali. Bara arang akan dimasukkan kedalam lubang secara berulang-ulang sehingga memuatkan saiz mayat ke dalam lubang.
Suhu sejuk turut menyebabkan dakwat pen membeku. Pakaian yang dijemur juga menjadi keras.
Kebanyakan penduduk menggunakan unggun api sebagai penghasilan haba. Namun, sesetangah penduduk pula menggunakan pemanas moden sebagai alat bantuan haba.
Meskipun memiliki suhu rendah sepanjang tahun, Oymyakon sentiasa menerima kunjungan daripada pelancong luar.
Mereka ingin merasai sendiri pengalaman luar biasa ini, apatah lagi sejak mengetahui Oymyakon sebagai perkampungan paling sejuk di dunia!
No comments:
Post a Comment